Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Majlis Perbandaran Kulim

Restoran Yang Sediakan Menu Rahmah Di Kulim

Imej
Menu Rahmah adalah satu inisiatif program yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan makanan tengahari atau malam pada harga RM5 dan ke bawah. Di Kulim juga penulis difahamkan beberapa restoran di sekitar ini mula memperkenalkan Menu Rahmah bagi memberi sokongan pada inisiatif yang diperkenalkan oleh KPDN. Antara restoran-restoran di Kulim yang menyediakan Menu Rahmah adalah: D'camar Corner, Taman Kota Kenari Restoran Monrods, Bandar Putra Restoran Utara Delight, Padang Serai Restoran Rosmiza Tomyam, Lunas Di bawah ini adalah gambar contoh penyediaan Menu Rahmah oleh restoran-restoran di atas: Nampak sedapkan? Penulis sendiri belum berkesempatan untuk mencuba Menu Rahmah di restoran-restoran ini. Terbaru, penulis difahamkan Restoran Nasi Kandar Dinas Kulim juga sudah memperkenalkan Menu Rahmah di restoran mere...

Big Screen Separuh Akhir Kedua Piala FA | JDT vs Kedah | 30 April 2016

Imej
Bahang kehangatan separuh akhir kedua piala FA antara JDT dan Kedah pada 30 April 2016 ini sememangnya dirasai oleh semua peminat bola sepak negeri Kedah. Malah tak salah jika Belalang katakan bukan sahaja peminat bola sepak dua negeri ini yang ternanti-nantikan perlawanan ini, tetapi seluruh peminat bola tanah air menantikan perlawanan mendebarkan ini. Di negeri Kedah khususnya, banyak sekali tempat yang menawarkan tayangan big screen kepada orang ramai yang tidak dapat menyaksikan perlawanan ini secara langsung di Stadium Larkin, Johor Bahru. Majlis Perbandaran Kulim (MPK) juga tidak mahu ketinggalan memeriahkan perlawanan ini apabila menaikkan big screen perlawanan JDT vs Kedah 30 April 2016 ini di Padang Awam Kulim secara langsung. Poster tentang tayangan perlawanan ini juga sudah mula viral di media-media sosial dan Whatsapp group. Belalang sendiri pun berdebar-debar dan tak sabar nak tunggu hari Sabtu ni. Belalang pasti kedah mampu mengejutkan skuad JDT berdasar...

Dataran Raudhah i-City Kulim | Aktiviti Malam Di Kulim

Imej
Dataran Raudhah atau dipanggil juga sebagai i-City Kulim oleh orang-orang tempatan, menjadi tempat untuk bersantai kepada keluarga dan juga remaja sekitar sini diwaktu petang dan malam. Dataran ini terletak berhadapan dengan bangunan Majlis Perbandaran Kulim (MPK) yang baru di Jalan Pondok Labu, Bandar Putra. Tempat ini juga bersebelahan dengan Dewan Putra Kulim . Mendapat jolokan sebagai 'i-City Kulim' kerana taman ini mempunyai lampu-lampu perhiasan perlbagai bentuk yang kelihatan ala-ala i-City yang sebenar walaupun tak sepenuhnya seperti taman gah tersebut. Belalang sempat singgah ke dataran ini semalam setelah agak lama tak datang membawa anak-anak bermain disini. Apa yang dapat Belalang lihat, Taman ini telah siap sepenuhnya dan para pengunjung juga melakukan pelbagai aktiviti di dataran ini. Antara yang terdapat disini adalah taman permainan kanak-kanak, kiosk makanan ringan, giant bubble, roller skate dan berbasikal untuk kanak-kanak. Keadaan datar...

Taman Burung Kulim Dibuka Kembali!

Imej
Sekitar tahun 90-an dahulu di Kulim ada sebuah Taman Burung. Belalang masih ingat ketika itu Belalang masih bersekolah rendah. Waktu tu seronok sangat bila abah bawa jalan-jalan situ. Masa terus Berlalu dan Taman Burung Kulim hilang ditelan zaman. Pintu masuk ke Taman Burung Kulim Kini setelah sekian lama tempat ini dibiarkan kosong, Majlis Perbandaran Kulim (MPK) memutuskan untuk membuka kembali Taman Burung Kulim. Baru-baru ini Belalang mengambil peluang untuk melawat kembali tempat nostalgia waktu Belalang kecil-kecil ini. Kalau dahulu abah Belalang datang sini bawa Belalang dengan abang dan kakak, kini Belalang pula datang dengan membawa anak-anak Belalang. Sekarang ni baru Belalang sedar tak adalah besar mana pun taman burung ni. Tetapi waktu Belalang kecil-kecil dulu terasa macam besar sangat taman ni. Perasaan itu mungkin dirasai pula oleh Belalang Jr. dua orang ni. Masih belum siap sepenuhnya Taman Burung Kulim ini kerana Belalang perasan ada satu sangk...

Minggu Sibuk Bagi Tahun 2013

Imej
Minggu lepas adalah minggu-minggu yang paling sibuk bagi Belalang untuk tahun 2013. Manakan tidak, Belalang telah menyewa satu slot kedai pada satu program anjuran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang diberi nama Kulim AgroFest. Tujuh Hari program ini berlangsung dengan pelbagai program menarik disusun bagi menarik orang ramai datang ke sini. Belalang yang menyewa satu tapak berkeluasan 20'x10' membawa barang-barang jualan kedai Belalang dan juga memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan. Walaupun Belalang dah berniaga selama 5 tahun, namun begitu masih ada juga yang bila datang ke kedai Belalang akan berkata, "eh, ni kedai baru ka? Awat tak pernah nampak pun sebelum ni?" =.=! Sebahagian barangan dari kedai yang dibawa ke tapak pesta. Bekas-bekas sewaan untuk kahwin, gubahan manisan dan juga contoh-contoh sirih junjung Tak mahu mengharapkan hanya pada perkhidmatan kedai, Belalang juga turut menjual kolagen rumpai laut ungu grea AAA atau lebih dikenali dengan...

Ceramah Ustaz Fathul Bari Di Taman Emas, Kulim | 15 September 2012

Imej
Eh, ustaz Fathul Bari akan berada di Kulim malam ni. Sebelum ini Belalang hanya melihat ustaz muda ini di Youtube dan blog-blog. Rasanya Kalau tiada apa-apa halangan, teringin juga untuk mendengar ustaz ini berceramah nanti. Bagi mereka yang berada di kawasan Kulim, jom ramai-ramai kita ke sana. MALAYSIA =  NEGARA ISLAM??? SABTU 9 MALAM 15 SEPTEMBER 2012 PADANG TAMAN EMAS, KULIM Sedikit info biodata dan latar belakang tentang ustaz Fathul Bari- Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya adalah anak bekas Mufti Perlis, Datuk Mat Jahaya Hussin. Beliau adalah penasihat agama di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU). Fathul Bari berkelulusan sarjana muda dalam bidang pengajian hadis di Universiti Madinah dan sarjana daripada Universiti Yarmouk, Jordan. Beliau kini belajar peringkat doktor falsafah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) di Kuala Lumpur. - Wikipedia Di bawah ini pul...

Gelap Lagi?

Imej
Semenjak kebelakangan ni kerap pula rasanya Kulim mengalami masalah terputus bekalan elektrik. Walaupun bukan semua kawasan, namun tetap sering berlaku. Mungkin TNB nak biasakan kembali orang Kulim supaya hidup seperti orang tua dulu-dulu. Kehidupan yang hanya diterangi oleh cahaya pelita minyak tanah :P Kelmarin dari pukul 8 malam hingga 9:30 malam bekalan elektrik terputus. Keadaan di McDonald's Kulim sewaktu tiada elektrik Kasihan McDonald's Kulim . Masuk kali ni sudah dua kali mereka bergelap untuk beberapa ketika. Bayangkan jika sebulan 2 atau 3 kali jadi macam ni, mau angin satu badan juga tokey McD. Jika tak silap, Giant Kulim (Kulim Landmark) juga pernah bergelap beberapa ketika akibat masalah yang sama. Harapnya selepas ini TNB Kulim dapat mengurangkan masalah ini. Walau hanya sejam, kerugian yang terpaksa ditanggung oleh peniaga tetap dirasakan. Terima kasih kerana membaca...

Nak Cari Makan Ke Cari Nahas?

Imej
Berhampiran dengan premis perniagaan Belalang ni, terdapat gerai-gerai kecil milik peniaga melayu. Tapak perniagaan mereka ini sememangnya mendapat kebenaran dari pihak majlis perbandaran (MPK) dengan bayaran tertentu untuk setiap hari. Apa yang Belalang nak kongsikan disini adalah perihal satu gerai yang menjual ayam goreng di sini. Perhatikan kedudukan tempat memasak gerai ini. Nampak tak? begitu hampir dengan kabel elektrik! Rasanya kalau Karam Singh Walia datang sini pun, dia akan tegur hal ini. Buatnya api dapur sambar kabel tersebut, boleh menyebabkan ada yang cedera juga rasanya. Sebelum ada perkara buruk berlaku, perlu rasanya ada tindakan samada dari pemilik kedai atau pihak majlis MPK untuk mengubah ke lokasi baru yang lebih selamat. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah. Terima kasih kerana membaca