Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel dataran raudhah

Dataran Raudhah i-City Kulim | Aktiviti Malam Di Kulim

Imej
Dataran Raudhah atau dipanggil juga sebagai i-City Kulim oleh orang-orang tempatan, menjadi tempat untuk bersantai kepada keluarga dan juga remaja sekitar sini diwaktu petang dan malam. Dataran ini terletak berhadapan dengan bangunan Majlis Perbandaran Kulim (MPK) yang baru di Jalan Pondok Labu, Bandar Putra. Tempat ini juga bersebelahan dengan Dewan Putra Kulim . Mendapat jolokan sebagai 'i-City Kulim' kerana taman ini mempunyai lampu-lampu perhiasan perlbagai bentuk yang kelihatan ala-ala i-City yang sebenar walaupun tak sepenuhnya seperti taman gah tersebut. Belalang sempat singgah ke dataran ini semalam setelah agak lama tak datang membawa anak-anak bermain disini. Apa yang dapat Belalang lihat, Taman ini telah siap sepenuhnya dan para pengunjung juga melakukan pelbagai aktiviti di dataran ini. Antara yang terdapat disini adalah taman permainan kanak-kanak, kiosk makanan ringan, giant bubble, roller skate dan berbasikal untuk kanak-kanak. Keadaan datar...