Tips Mencari Kedai Untuk Disewa

Sedang mencari kedai untuk disewa? Memiliki sebuah premis perniagaan bagi seorang usahawan atau peniaga sememangnya menjadi sesuatu yang diidam-idamkan.

Namun begitu ada kalanya atas kekurangan pengalaman dan pengetahuan, perniagaan yang diidam-idamkan terpaksa ditutup atau berpindah tempat atas beberapa faktor.

Sepanjang Belalang sendiri terlibat dalam dunia perniagaan (hampir 8 tahun) sudah 4 kali Belalang berpindah lokasi gara-gara beberapa sebab.

Tips Mencari Kedai Untuk Disewa


Disini Belalang ingin kongsikan tips dalam mencari kedai untuk disewa agar anda dapat mengurangkan risiko seperti yang Belalang alami.


Lokasi

Perkara pertama yang perlu anda pertimbangkan adalah lokasi perniagaan. Biasanya tempat yang menjadi kunjungan orang ramai kerana punyai kemudahan seperti  pasaraya besar berhampiran menjadi pilihan usahawan. Pemilihan begini sesuai bagi mereka yang menjalankan perniagaan seperti menjual pakaian. Tetapi sekiranya anda seorang mekanik yang sedang mempertimbangkan untuk membuka bengkel, pemilihan premis yang memiliki tempat meletak kenderaan yang lebih luas lebih sesuai.


Keadaan Premis

seterusnya anda perlu melihat dengan teliti setiap ruang dan keadaan didalam. Hal ini untuk memudahkan anda membuat bajet baik pulih atau penambahan keperluan premis seperti cermin kaca (jika perlu) dan sebagainya. Kadang-kala ada kedai untuk disewa yang sudah siap diubah suai sepenuhnya disewakan dengan harga berpatutan. Sekiranya memiliki kedai begini, anda telah jimat banyak dari segi pengubah suaian kedai.


Kepadatan Penduduk

Sekiranya anda berhasrat menjalankan perniagaan seperti menjual barangan harian, faktor kepadatan penduduk antara yang perlu ada berikan perhatian. Anda boleh meninjau dan bertanyakan kepada orang-orang tempatan distu berapa taman yang berhampiran premis dan sebagainya.


Harga

Harga bagi sesebuah kedai untuk disewa kebiasaannya tak sama. Hal ini berlaku disebabkan atas beberapa faktor seperti lokasi, keadaan premis dan juga sikap bertimbang rasa pemilik kedai. Ditempat Belalang (Kulim), harga sewaan bagi kedai yang berhampiran pusat bandar dan pasaraya seperti Tesco mencecah ke RM3000 sebulan. dalam hal ini anda perlu bijak membuat kira-kira dan setelah mempertimbangkan baik dan buruk, barulah keputusan dicapai.


Perjanjian Sewaan

setelah semuanya anda berpuas hati seperti lokasi dan keadaan premis, perkara terakhir adalah berkaitan perjanjian sewaan kedai/premis. semestinya anda mahu menjalankan perniagaan disesuatu tempat ini dalam jangka waktu yang panjang. Apa yang boleh Belalang sarankan adalah buat perjanjian bersama pemilik kedai untuk sewa lebih dari setahun. Mungkin anda boleh terus buat satu perjanjian untuk berada distu tiga tahun atau lebih. Biasanya untuk setahun pemilik kedai akan mengambil satu bulan deposit. Katakan anda mahu menyewa selama tiga tahun dan sewaan untuk sebulan adalah RM3000. Jadi RM3000 x 3 + RM3000 (sewa bulan pertama) + RM200 (deposit utiliti) = RM12200


Itulah sedikit sebanyak panduan yang Boleh Belalang berikan bagi anda yang berminat untuk mencari kedai. Anda juga boleh menambah beberapa lagi pertimbangan seperti pesaing dan lain-lain yang anda rasa perlu sebelum bersetuju untuk menyewa.

Semoga perkongsian dari Belalang ini bermanfaat.

Terima kasih

Ulasan