Tips Mencari Kedai Untuk Disewa
Sedang mencari kedai untuk disewa ? Memiliki sebuah premis perniagaan bagi seorang usahawan atau peniaga sememangnya menjadi sesuatu yang diidam-idamkan. Namun begitu ada kalanya atas kekurangan pengalaman dan pengetahuan, perniagaan yang diidam-idamkan terpaksa ditutup atau berpindah tempat atas beberapa faktor. Sepanjang Belalang sendiri terlibat dalam dunia perniagaan (hampir 8 tahun) sudah 4 kali Belalang berpindah lokasi gara-gara beberapa sebab. Disini Belalang ingin kongsikan tips dalam mencari kedai untuk disewa agar anda dapat mengurangkan risiko seperti yang Belalang alami. Lokasi Perkara pertama yang perlu anda pertimbangkan adalah lokasi perniagaan. Biasanya tempat yang menjadi kunjungan orang ramai kerana punyai kemudahan seperti pasaraya besar berhampiran menjadi pilihan usahawan. Pemilihan begini sesuai bagi mereka yang menjalankan perniagaan seperti menjual pakaian. Tetapi sekiranya anda seorang mekanik yang sedang mempertimbangkan untuk membuka ben...