Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sewaan

Perkara Yang Perlu Diteliti Dalam Surat Perjanjian Sewaan Kedai | Premis

Imej
Ini adalah sambungan kepada entry sebelum ini yang bertajuk 'Tips Mencari Kedai Untuk Disewa' . sekiranya anda belum membacanya, sila klik disini (klik) . Sebenarnya kali ini Belalang nak kongsikan contoh surat perjanjian sewaan kedai atau premis. Tetapi memandangkan surat yang nak dikongsi tu berada dalam thumbdrive di rumah, jadi Belalang tukar fikiran. Gambar Carian Google Apa kata jika Belalang kongsikan perkara yang perlu anda teliti di dalam surat perjanjian sewa kedai? Lain pemilik premis lain syarat dan caranya. Tetapi dalam pengalaman Belalang, ada beberapa perkara di dalam surat perjanjian yang jika anda terlepas pandang dikemudian hari mungkin akan menyusahkan anda dan juga pemilik kedai. 1. Kaedah Bayaran Bayaran bagaimana yang dipersetujui oleh pemilik dan anda? Hal ini Biasa Belalang alami dimana ketika bayaran bulan pertama ingin dijelaskan rupa-rupanya pemilik kedai tak mahu menerima secara tunai. sebaliknya ia mahu penyewa bank in. Tetapi sekira...

Tips Mencari Kedai Untuk Disewa

Imej
Sedang mencari kedai untuk disewa ? Memiliki sebuah premis perniagaan bagi seorang usahawan atau peniaga sememangnya menjadi sesuatu yang diidam-idamkan. Namun begitu ada kalanya atas kekurangan pengalaman dan pengetahuan, perniagaan yang diidam-idamkan terpaksa ditutup atau berpindah tempat atas beberapa faktor. Sepanjang Belalang sendiri terlibat dalam dunia perniagaan (hampir 8 tahun) sudah 4 kali Belalang berpindah lokasi gara-gara beberapa sebab. Disini Belalang ingin kongsikan tips dalam mencari kedai untuk disewa agar anda dapat mengurangkan risiko seperti yang Belalang alami. Lokasi Perkara pertama yang perlu anda pertimbangkan adalah lokasi perniagaan. Biasanya tempat yang menjadi kunjungan orang ramai kerana punyai kemudahan seperti  pasaraya besar berhampiran menjadi pilihan usahawan. Pemilihan begini sesuai bagi mereka yang menjalankan perniagaan seperti menjual pakaian. Tetapi sekiranya anda seorang mekanik yang sedang mempertimbangkan untuk membuka ben...