Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tips

Whatsapp Kini Boleh Bold, Italics Dan Tilde

Imej
Seronok pula bila Whatsapp update fungsi mereka yang terbaru iaitu Whatsapp kini boleh bold, italics dan tilde . Dengan fungsi terbaru ni, dapatlah pengguna membezakan tulisan-tulisan dalam Whatsapp. Mungki  untuk tajuk boleh digunakan bold. Untuk tulisan yang menarik gunakan italics dan tilde untuk potongan ayat... Hehehe Bagaimana pun fungsi ini hanya boleh digunakan selepas anda update Whatsapp terbaru. Kepada yang belum mencuba, silakan mencubanya dan jangan lupa ajak kawan-kawan sekali :) Terima kasih kerana membaca..

Perkara Yang Perlu Diteliti Dalam Surat Perjanjian Sewaan Kedai | Premis

Imej
Ini adalah sambungan kepada entry sebelum ini yang bertajuk 'Tips Mencari Kedai Untuk Disewa' . sekiranya anda belum membacanya, sila klik disini (klik) . Sebenarnya kali ini Belalang nak kongsikan contoh surat perjanjian sewaan kedai atau premis. Tetapi memandangkan surat yang nak dikongsi tu berada dalam thumbdrive di rumah, jadi Belalang tukar fikiran. Gambar Carian Google Apa kata jika Belalang kongsikan perkara yang perlu anda teliti di dalam surat perjanjian sewa kedai? Lain pemilik premis lain syarat dan caranya. Tetapi dalam pengalaman Belalang, ada beberapa perkara di dalam surat perjanjian yang jika anda terlepas pandang dikemudian hari mungkin akan menyusahkan anda dan juga pemilik kedai. 1. Kaedah Bayaran Bayaran bagaimana yang dipersetujui oleh pemilik dan anda? Hal ini Biasa Belalang alami dimana ketika bayaran bulan pertama ingin dijelaskan rupa-rupanya pemilik kedai tak mahu menerima secara tunai. sebaliknya ia mahu penyewa bank in. Tetapi sekira...

Tips Mencari Kedai Untuk Disewa

Imej
Sedang mencari kedai untuk disewa ? Memiliki sebuah premis perniagaan bagi seorang usahawan atau peniaga sememangnya menjadi sesuatu yang diidam-idamkan. Namun begitu ada kalanya atas kekurangan pengalaman dan pengetahuan, perniagaan yang diidam-idamkan terpaksa ditutup atau berpindah tempat atas beberapa faktor. Sepanjang Belalang sendiri terlibat dalam dunia perniagaan (hampir 8 tahun) sudah 4 kali Belalang berpindah lokasi gara-gara beberapa sebab. Disini Belalang ingin kongsikan tips dalam mencari kedai untuk disewa agar anda dapat mengurangkan risiko seperti yang Belalang alami. Lokasi Perkara pertama yang perlu anda pertimbangkan adalah lokasi perniagaan. Biasanya tempat yang menjadi kunjungan orang ramai kerana punyai kemudahan seperti  pasaraya besar berhampiran menjadi pilihan usahawan. Pemilihan begini sesuai bagi mereka yang menjalankan perniagaan seperti menjual pakaian. Tetapi sekiranya anda seorang mekanik yang sedang mempertimbangkan untuk membuka ben...

Pengalaman Baik Dan Buruk Bisnes Burger

Imej
Sekitar tahun 2000 Belalang pernah mempunyai sebuah gerai burger. Sebenarnya itulah pengalaman pertama berharga berkaitan perniagaan yang Belalang perolehi dalam hidup. Kali ini Belalang ingin kongsikan pengalaman baik dan buruk bisnes burger yang pernah Belalang lalui. Waktu itu Belalang menjalankan bisnes burger secara part time. Apabila pulang dari kolej, Belalang akan terus pergi beli bahan-bahan mentah seperti roti, daging burger dan sayur. Letih juga sebenarnya terpaksa belajar dan berniaga, tetapi ia tetap menyeronokkan kerana berniaga burger bagi Belalang sememangnya enjoy! Gambar carian Google Sewaktu memulakan perniagaan ini, Belalang mengeluarkan modal kira-kira RM500. Gerai burger Belalang dibeli daripada kawan abang. Gerai yang dibeli bukanlah gerai stainless steel, sebaliknya hanya dibuat menggunakan papan lapis dan kain terpal. Pada hari pertama berniaga, memang sangat kalut kerana Belalang dan kawan-kawan yang membantu sememangnya zero dalam selok-be...

Bagaimana Nak Buka Lebih Dari Satu Akaun Facebook Pada Telefon Android?

Imej
Baru-baru ni ketika Belalang sedang kaji kata-kata kunci atau keywords yang singgah ke blog Encik Bell, Belalang lihat ada beberapa kata carian bagaimana nak buka lebih satu akaun Facebook pada Telefon Android . Walaupun tak tinggi cariannya, tetapi terasa macam nak kongsi pula memandangkan ada juga pengguna yang tak tahu. Sebelum ini sewaktu masih aktif berblog Belalang pernah menulis tentang Bagaimana Caranya Untuk Gunakan Dua Akaun Facebook Berbeza Dalam Satu Masa? Jika anda mahu membacanya, klik pada tulisan berwarna hijau tersebut. Untuk membuka lebih daripada satu akaun Facebook (FB) di telefon bukanlah sesuatu yang susah. Pertama sekali anda sudah semestinya memuat turun aplikasi FB rasmi di Google Play. Gunakan FB ini sebagai akaun utama anda. Rujuk gambar di atas icon FB tersebut. Untuk akaun kedua, anda perlu muat turun aplikasi Opera Mini . Juga boleh didapati di Google Play. Melalui Opera Mini, anda boleh buka akaun FB anda yang kedua tanpa m...

Bagaimana Menggunakan Dua Akaun Instagram Pada Satu Masa

Imej
Sebelum ini Belalang dah kongsikan sebab mengapa perlu guna Instagram jana pendapatan online . Kali ni Belalang nak kongsikan bagaimana untuk gunakan dua akaun Instagram pada masa yang sama di telefon yang sama . Ramai orang yang leceh untuk ada lebih dari satu akaun kerana jika anda punyai dua akaun, anda perlu log keluar akaun pertama terlebih dahulu dan log masuk akaun baru. Tetapi semua ini boleh diselesaikan jika anda memuat turun Instwogram pada telefon anda!   contoh paparan pada telefon (abaikan game-game yang ada) Sangat mudah menggunakan Instwogram kerana dari paparan dan cara mengendalikannya semuanya sama dengan Instagram. Dua akaun dibuka pada masa yang sama Dengan cara ini anda sudah punyai dua akaun dan tak perlu lagi log keluar untuk guna akaun kedua. Belalang gunakan dua akaun, satu akaun personal, satu lagi akaun untuk bisnes dan iklan. Bagaimana untuk memuat turun aplikasi ini? Di Google store memang tiada. Jadi anda boleh memuat tur...

Sebab Mengapa Perlu Guna Instagram Jana Pendapatan Online

Imej
Adakah anda diantara orang-orang yang sedang menjana pendapatan online di Instagram ? Jika ya, tahniah Belalang ucapkan! Belalang ni baru saja berjinak-jinak guna Instagram. Sekarang baru sedar mengapa perlu guna Instagram untuk jana pendapatan. Pada mulanya Belalang rasanya seperti Instagram ini hanya sesuai untuk mereka yang gila bergambar dan selfie. Kerana Belalang tidak suka bergambar, jadi Belalang langsung tak pernah ambil kisah tentangnya. Sehinggalah Belalang temui rahsia tentangnya di sini (klik) , barulah Belalang sedar potensi yang ada di Instagram. Sedikit tips atau cara yang Belalang rasa perlu anda lakukan bagi memulakan bisnes anda di Instagram- 1. Gambar Tak dinafikan yang Instagram diwujudkan untuk pengguna berkongsi gambar. Jadi sudah tentulah perkara utamanya juga berkaitan dengan gambar. Pastikan gambar anda menarik dan jelas. Jika anda seorang jurugambar perkahwinan dan sebagainya, mana tahu dengan hasil kerja yang kemas pasti akan ada yang hu...