Pos Laju | "Dulu Tak Macam Ni"...
Sebagai peniaga online, penghantaran barang kepada pelanggan menggunakan pos laju bukanlah sesuatu yang asing lagi. Selain daripada murah, sistem online pos laju yang memudahkan pengguna untuk menjejaki barang juga menjadi sebab mengapa pos laju menjadi pilihan. Belalang juga biasanya akan menggunakan perkhidmatan pos laju bagi penghantaran barangan domestik. Biasanya pukul 3 petang ke atas adalah masa untuk Belalang keluar pos barang. Baru-baru ini ketika berbual dengan kakak penjaga kaunter pos laju, sempat la borak-borak tentang barang jualan Belalang dan juga mengenai pos laju. Menariknya, Kakak tu beritahu sejak akhir-akhir ni begitu banyak orang yang membuat penghantaran dengan pos laju. Sampaikan perlu berbaris panjang. "Dulu tak macam ni. Nak tengok dalam satu-satu masa lima orang sekaligus datang pos laju pun susah. Tapi sekarang ni, sampai keluar pintu orang berbaris untuk pos barang. Ala, fenomena jualan online la katakan". Belalang hanya tersenyu...