Setahun Menghilang | Blog Membina Pendapatan Pasif
Setahun lamanya Belalang hilang dari dunia blog. Bukan tiada masa untuk update, tetapi diri ni terasa seperti tiada 'nafsu' untuk menulis. Ni mesti ada yang guna-gunakan Belalang ni. Cis! Akhirnya baru-baru datang kembali kerinduan untuk update blog setelah melihat rakan-rakan blog yang Belalang kenal sekian lama masih lagi setia dan sangat rajin berblog. Harapnya kali ni lama la sikit kerajinan ini melekat di diri :) Walaupun setahun Belalang langsung tak update mana-mana blog yang ada , tetapi blog-blog ini masih menjana pendapatan. Alhamdulillah. Print screen di atas adalah kedudukan Belalang sebagai affiliate di Ashadee untuk tahun 2014. Nama Belalang masih mampu tersenarai dalam 100 top affiliate . Walaupun jatuh 50 anak tangga berbanding tahun 2013, tetapi ia masih lagi dikira sesuatu yang sangat hebat sebab Belalang memang tak buat apa-apa! Banyak ke pendapatan? Tak adalah banyak mana. Lebih kurang sama dengan bonus ASB je. Jadi la untuk buat...