Cara Hantar SMS Melalui Google Email
Salam sejahtera dan selamat berhari Jumaat. Agak lapang Belalang dalam sehari dua ini selepas habis melalui minggu yang sibuk pada minggu sudah. Masa-masa yang terluang ini Belalang gunakan sebaik mungkin untuk kembali siapkan kerja-kerja internet yang tertangguh. Entry ini Belalang nak kongsikan cara menghantar SMS melalui Google email. Belalang kadang-kala guna juga cara ini untuk menghantar SMS lagi-lagi waktu kredit telefon expired dan waktu tu pula tengah kecemasan. Cara untuk menghantar SMS melalui Google email tak lah sesusah mana pun. Mula-mula seperti biasa sign-in ke akaun google anda, selepas itu terus pergi ke email. Sesudah anda masuk ke email, anda akan nampak paparan seperti di atas. Tengok pada sebelah kiri, pada bahagian chat. Isikan nombor telefon yang ingin anda hantar SMS. Rujuk gambar atas ye Sesudah anda masukkan nombor telefon, akan keluar dibahagian bawahnya satu kotak pertayaan. Klik pada send SMS. Rujuk gambar di atas :) Selepas...