Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tutorial

Cara Membuka Lebih Dari Satu Akaun Facebook Dalam Satu Smartphone Terkini 2019 | 2020

Imej
Sekitar tahun 2015 dan 2016 yang lalu, blog ini pernah kongsikan cara untuk membuka lebih dari satu akaun pada smartphone yang sama. Carian berkaitan dengan hal ini masih lagi dicari oleh pengguna internet hingga ke hari ini. Jadi kali ini Blog ini ingin berkongsikan cara yang paling mudah untuk menggunakan lebih dari satu akaun Facebook pada smartphone anda tanpa perlu muat turun lain-lain aplikasi seperti Facebook lite dan sebagainya. Cara ini diperkenalkan oleh Facebook jika tidak silap sekitar dua ke tiga tahun yang lalu. Sila ikut langkah-langkah dibawah: 1. Buka aplikasi Facebook yang telah anda install. Jika Belum ada, sila muat turun disini (klik sini) . Log masuk dengan akaun Facebook anda yang pertama dengan cara memasukkan email dan kata laluan (password). 2. Dibahagian kanan atas, tekan pada tiga garis melintang (rujuk gambar untuk lebih jelas). 3. Pergi pada bahagian bawah sekali dan tekan log Out (log keluar) 4. Klik pada 'Log Into Anoth...

Cara bermain Game PSP di Telefon Android | Download Emulator PPSSPP

Imej
Zaman bermain Playstation atau singkatan sebutannya PS pasti dirindui oleh kaki-kaki gamers. Baik PS1 atau PSX hingga ke PS2 pasti kebanyakkan dari kita pernah memilikinya. Belalang sendiri sewaktu awal-awal berkahwin masih addict bermain PS2. Nak beli PS3 atau PS4 tak mampu dah sebab terlalu mahal. Anda tahu tak yang telefon android yang anda miliki boleh digunakan untuk bermain game-game dari PSX, PS2, PSP dan Game Boy Advance (GBA)? Kalau tak tahu, sila tepuk tangan sebab kali ini Belalang nak kongsikan cara bermain game PSP di telefon Android . Print Screen Dari Telefon Belalang Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan memuat turun aplikasi atau disebut sebagai emulator PPSSPP gold . Anda boleh memuat turun emulator tersebut disini EMULATOR PPSSPP GOLD (KLIK SINI) Belalang kurang pasti link yang Belalang kongsikan di atas ini emulator full version atau berbayar. sekiranya berbayar, minta maaf la ye. Sila-sila bertanya pada encik Google untuk mencari crack f...

Cara Membuka Dua Akaun Facebook Pada Telefon Pintar

Imej
Memandangkan baru-baru ni ada yang tinggalkan komen bertanyakan kepada Belalang bagaimana cara membuka dua akaun Facebook (FB) pada telefon pintar (smartphone) , jadi Belalang rasa elok diadakan satu entry untuk anda yang belum tahu trick ini. Gambar Carian Google Sebenarnya di  telefonlah cara paling mudah untuk anda membuka lebih dari satu akaun FB. Malah Belalang sendiri biasa buka hingga 4 akaun serentak di telefon Belalang... Amik ko, baru puas hati... Hahaha ok caranya adalah seperti di bawah 1. download Official Fb apps di Playstore atau klik sini -->> FB apps . Dah siap install, silalah sign in akaun FB anda yang pertama. Selesai satu bab! 2. Download Facebook Lite juga di Playstore atau klik sini -->> Facebook Lite . Sama seperti tadi juga dah siap install sila sign in akaun FB anda yang kedua. Lagi satu bab settle! 3. Download Opera Mini di Playstore atau klik sini -->> Opera Mini . Install dan sign in akaun ketiga FB anada (sekirany...

Bagaimana Menggunakan Dua Akaun Instagram Pada Satu Masa

Imej
Sebelum ini Belalang dah kongsikan sebab mengapa perlu guna Instagram jana pendapatan online . Kali ni Belalang nak kongsikan bagaimana untuk gunakan dua akaun Instagram pada masa yang sama di telefon yang sama . Ramai orang yang leceh untuk ada lebih dari satu akaun kerana jika anda punyai dua akaun, anda perlu log keluar akaun pertama terlebih dahulu dan log masuk akaun baru. Tetapi semua ini boleh diselesaikan jika anda memuat turun Instwogram pada telefon anda!   contoh paparan pada telefon (abaikan game-game yang ada) Sangat mudah menggunakan Instwogram kerana dari paparan dan cara mengendalikannya semuanya sama dengan Instagram. Dua akaun dibuka pada masa yang sama Dengan cara ini anda sudah punyai dua akaun dan tak perlu lagi log keluar untuk guna akaun kedua. Belalang gunakan dua akaun, satu akaun personal, satu lagi akaun untuk bisnes dan iklan. Bagaimana untuk memuat turun aplikasi ini? Di Google store memang tiada. Jadi anda boleh memuat tur...

Cara Hantar SMS Melalui Google Email

Imej
Salam sejahtera dan selamat berhari Jumaat. Agak lapang Belalang dalam sehari dua ini selepas habis melalui minggu yang sibuk pada minggu sudah. Masa-masa yang terluang ini Belalang gunakan sebaik mungkin untuk kembali siapkan kerja-kerja internet yang tertangguh. Entry ini Belalang nak kongsikan cara menghantar SMS melalui Google email. Belalang kadang-kala guna juga cara ini untuk menghantar SMS lagi-lagi waktu kredit telefon expired dan waktu tu pula tengah kecemasan. Cara untuk menghantar SMS melalui Google email tak lah sesusah mana pun. Mula-mula seperti biasa sign-in ke akaun google anda, selepas itu terus pergi ke email. Sesudah anda masuk ke email, anda akan nampak paparan seperti di atas. Tengok pada sebelah kiri, pada bahagian chat. Isikan nombor telefon yang ingin anda hantar SMS. Rujuk gambar atas ye Sesudah anda masukkan nombor telefon, akan keluar dibahagian bawahnya satu kotak pertayaan. Klik pada send SMS. Rujuk gambar di atas :) Selepas...

Shoutbox Tak Keluar? Reload Frame Aje...

Imej
Semenjak memasang tekad untuk kembali menjadi blogger 'tegar' ni, Belalang dah kembali melakukan rutin harian yang dah jarang-jarang dilakukan iaitu 'blogwalking'. Walaupun tak selaju mula-mula blog dulu, tapi Belalang gerak juga untuk baca entry kawan-kawan. Biasanya keutamaan diberikan kepada meraka yang berada dalam bloglist Belalang. Kalau nampak sahaja dalam bloglist tu ada tajuk baru, dengan pantasnya Belalang akan ke sana. Jadi kalau mahu dijengah oleh Belalang, sila-sila la kita membuat link exchange ye (promote ni) hahaha... Ok, sekarang Belalang nak kongsikan sesuatu kepada kaki-kaki 'blogwalking' sekalian alam. Pernah tak ketika anda blogwalking, time nak tinggalkan jejak di shoutbox tu tengok-tengok dia tak keluar pula. Contoh macam gambar ni? Print screen blog Caliph sebagai contoh. Dah dapat kebenaran tuan blog tau! Biasanya hal ini berlaku kerana line internet yang slow. Kiranya macam page tu load tak abis la dia dah request time out (...

Simpan Data Di GoogleDrive

Imej
Hari tu Belalang dah ceritakan tentang SkyDrive yang dibangunkan oleh outlook.com. Fungsi SkyDrive sama seperti anda memiliki Thumbdrive, cuma bezanya SkyDrive ialah tempat kita menyimpan dokumen ataau data secara online dan ianya adalah percuma! Bagi sesiapa yang belum membaca apakah itu SkyDrive, sila klik tajuk ini untuk membacanya ===> Lebih Mudah Membawa Data Penting Dengan SkyDrive Berbalik kepada tajuk di atas, setelah melihat Outlook membangunkan SkyDrive dan ia mendapat perhatian orang ramai kerana kemudahannya, syarikat Gergasi Google juga tidak mahu ketinggalan. Lalu mereka juga melancarkan GoogleDrive . Sebenarnya kewujudan GoogleDrive dah lama ada, cuma waktu itu ia lebih dikenali sebagai Google Document. Baru-baru ini sahaja Google menukar namanya kepada GoogleDrive . Fungsi GoogleDrive sama juga seperti SkyDrive iaitu tempat menyimpan data-data seperti word, excell, PDF file dan lain-lain. Cuma bezanya GoogleDrive memiliki ruang penyimpanan sebanyak 5GB (Sk...

Lebih Mudah Membawa Data Penting Dengan SkyDrive

Imej
Seperti yang dijanjikan, Belalang akan kongsikan beberapa perkara yang dipelajari ketika berkursus baru-baru ini. Rasanya ia berguna kepada blogger atau kepada sesiapa sahaja yang sering online untuk membuat kerja. Kita biasanya menggunakan thumb drive untuk menyimpan data-data supaya mudah untuk di bawa ke mana-mana. Saiz storannya pula bergantung. Tapi bagi Belalang kalau dapat yang 4GB ke atas pun dah ok untuk sekadar menyimpan file format word, excell atau PDF. Pernah tak terjadi thumb drive tiba-tiba corrupted dan segala data dalam tu tak boleh dibuka sebab terpaksa format balik? Atau ketika hadiri sesuatu mesyuarat yang penting, sampai masa untuk presentation baru perasan yang data tak bawa sebab lupa bawa thumb drive. Pernahkan? pernahkan? Belalang yakin pernah sebab Belalang sendiri pun memang pernah hadapi perkara di atas... hehehe Mungkin selepas ini anda boleh cuba menyimpan data-data anda di SkyDrive dari Outlook.com . Selain mudah untuk anda menyimpan dan mem...

Berminat Belajar Rubiks? Ini Penyelesaiannya

Imej
Anda berminat bermain rubik? Belalang sememangnya suka bermain rubik semenjak dahulu lagi. Cumanya tak begitu serius untuk belajar atau susah-susah perah otak untuk siapkan warna-warnanya (macam tu pun dikatakan minat ke?). Gambar diambil tanpa kebenaran dari blog Tengkorak Emas ^_^ Rakan blog yang Belalang tahu sangat meminati permainan rubik ialah T.E atau Tengkorak Emas. T.E begitu meminati rubik hinggakan dia buat satu page tutorial khas di blognya untuk sesiapa yang berminat untuk belajar permainan rubik. Belalang pula walaupun minat, namun tak pernah cuba untuk belajar selesaikan rubik betul-betul. Hinggalah baru-baru ini datang niat untuk belajar main rubik ni. Secara asasnya, untuk menyelesaikan satu-satu rubik kiub yang 3x3x3 atau lain-lain, ia mempunyai beberapa gerakan yang jika kita tahu, terlalu la mudahnya kita rasa nak selesaikan kiub rubik. Belalang sendiri dah berjaya selesaikan rubik 3x3x3 dengan catatan masa paling ok sekita 2 minit, err... tak laju pun =.=!...