Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel rebate telefon

Hot Keywords Jan 2013 | Tebus Rebat RM200

Imej
Entry pertama untuk bulan Februari 2013. Sebenarnya Belalang tengah download satu ebook sejak pukul 2:30 petang tadi.Sekarang dah pukul 4 petang tapi baru berjaya download setengah! sedih... sedih... Jadi sambil-sambil tunggu proses download selesai, Belalang gunakan kesempatan ini untuk update blog ini. Belalang nak kongsikan disini mengenai 'kata kunci panas' atau 'hot keywords' sepanjang bulan Januari 2013 lepas. Blog ini bukanlah sebuah blog SEO, sebaliknya ia lebih kepada blog personal. Namun begitu tajuk-tajuk entry dalam blog ini memang sengaja Belalang gabungkan dengan beberapa keyword supaya dapat juga pembaca dari search engine :) Ok, jom tengok print screen keyword bulan sudah yang melekat di blog ini- Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas Sebahagian besar mereka yang singgah ke blog ini mencari sesuatu yang berkaitan dengan kedai tebus rebat RM200 . Entry ini ada Belalang kongsikan pada post sebelum ini ==> Susahnya Nak Tebus Rebat ...

Susahnya Nak Tebus Rebat RM200 Telefon Pintar

Imej
Gambar hiasan. Carian Google Belalang dan Mrs.Belalang antara ribuan remaja (remaja?) yang layak dan lulus dalam permohonan rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar . Sebelum ini Belalang juga pernah layak menerima BR1M bernilai RM500 pada tahun lepas. Dipendekkan sajalah cerita ini. Kepada mereka yang layak dan belum memohon, selepas sahaja lulus permohonan, anda perlu tebus rebat anda itu dalam masa sebulan atau sebelum tarikh luput yang dinyatakan. Kalau lepas pada tarikh luput, anda perlu menunggu hingga dua bulan sebelum memohon sekali lagi. Jadi sekiranya duit nak beli telefon belum cukup, Belalang nasihatkan tak payah susah-susah apply lagi. Tunggu sampai duit cukup lepas tu mohon. Ok, sekarang Belalang nak cerita mengenai pengalaman Belalang nak beli telefon dengan rebat tersebut. Di sekitar Kulim tempat yang boleh ditebus hanyalah di Landmark Kulim atau Giant Kulim. Mrs.Belalang beli sebuah telefon baru berharga RM399. Tolak rebet RM200 tinggal RM199. Tolak tr...