Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pantai port dickson

Cuti-cuti Ke Port Dickson Tajaan Mama Aini

Imej
Lambat betul Belalang buat entry sambungan untuk tentang pergi ke KL hari tu. Part pertama tentang naik keret api dah habis. Kali ni Belalang nak sambung pengalan bermalam di rumah blogger Mama Aini . Sebenarnya dah lama Belalang dan Mrs.Belalang teringin nak berjumpa Mama Aini, sebabnya sebelum ini Mama ada jemput datang ke kenduri anaknya. Malangnya ketika itu kami tak berkelapangan untuk datang. Dalam perancangan juga Belalang, Mrs.Belalang, Mama dan Abah ingin melawat Makcik Belalang iaitu mak kepada blogger Mak Dara yang dikatakan kurang sihat ketika itu. Malangnya,sampai di sana kami dapat tahu yang Mak Dara sekeluarga telah pergi bercuti ke Hatyai. Tak apalah, tak ada rezeki nak buat macam manakan. Belalang, Mrs.Belalang dan adik ipar bermalam semalaman di rumah Mama Aini. Sampai-sampai sahaja kami ke rumah Mama, terus Mama ajak makan malam. Rupanya Mama dah ready masak nasi beriani untuk kami. Kami yang sememangnya lapar (pukul 11 malam time tu) terus makan dengan ra...