Cukup Setahun | Cukup 100 | Cukup Banyak Gambar!
1 Jan 2013, genap setahun usia blog Encik Bell ini. Cepat wish happy birthday kepada blog kacak ini. Kalau rajin pergi beli hadiah berupa kereta hibrid seketul untuk blog ini. Selain daripada setahun usia blog ini, entry yang sedang anda baca ini adalah entry ke-100 yang Belalang tulis. Tak sangka betul, dalam malas-malas dan tiada idea dapat juga kongsikan 100 cerita dalam blog ini. Entah apa yang Belalang bebel pun Belalang tak tau. Ingat lagi tak dengan entry Belalang tentang Hari-hari Akhir Pesta Pulau Pinang ? Sebenarnya selepas publish entry itu, Mrs.Belalang telah mengajak Belalang untuk pergi sekali lagi ke Pesta. Belalang yang sememangnya takut sayang bini, turutkan sahaja permintaan Mrs.Belalang itu. Seperti yang dijangka, orang akan berpusu-pusu untuk ke pesta bagi kali terakhir untuk tahun 2012. Sebelum masuk jambatan Pulau Pinang lagi dah start jem. Keluar waktu cuaca cerah lagi, sampai tapak pesta time tiada lagi cahaya matahari :) Belalang kongsikan gambar-gamba...