Penamat Cerita Pukul Orang Jahat Tak Salah!

 
Masih ingatkah anda dengan gambar di atas ini? Belalang pernah menulis satu entry berkaitan denga berita dan gambar di atas ini. Kepada yang belum membaca, sila rujuk kembali entry itu dengan klik tajuk ini, Pukul Orang Jahat Tak Salah!

Belalang mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan dan juga pembaca yang sudi meninggalkan komen dan pendapat dalam entry itu. Walau pendapat kita berbeza, namun Belalang menerima pendapat-pendapat itu. Sekurang-kurangnya ia membuatkan Belalang berfikir apa yang Belalang tak terfikir sebelum ini.

Terpanggilnya Belalang untuk kongsikan lagi cerita mengenai hal kecurian itu kerana satu komen yang Belalang terima di blog SBT. Komen yang membuatkan Belalang teringat kembali pada entry Belalang yang lepas itu.






Klik untuk besarkan gambar

Seorang pembaca telah meninggalkan komen yang berbunyi begini-

mei16....aku dpt berita drp kwn aku mgatakn budak yg pecah tabung masjid ni dah meninggal dunia krn kecederaan teruk di bhagian kepala dan organ dalaman. adakah org2 yg membelasah tu rs bangga dgn kematian ni? org mgkn takkan ptikaikn niat & tujuan kita tp tidak smestinya pd cara kita.ad satu soaln...marilah kita fikir n renungkan bsama...;-Skiranya Rasulullah ad pd saat kjadian, adakah baginda akan memuji org2 'yg scara bramai-rmai' mmbelasah 'seorg' pencuri tabung masjid? dgn apa yg kita knal Rasulullah..kesantunan baginda dlm hbgn antara insan..apakah mgkin baginda gembira dgn 'pembelasahan' itu lalu baginda berkata,"Saksikan..inilah org2 yg mpejuangkn Islam". mgkinkh bgitu saudara2ku skalian?

Seberapa sahih maklumat ini, Belalang tak dapat pastikan. Sekiranya benar apa yang dikata oleh pembaca Belalang ini, rasanya baru puas hati orang-orang yang menghukum si pencuri tersebut hingga mati tu kan? Berjaya juga mereka memberi pengajaran kepada pencuri itu tanpa perlu memberi ruang atau peluang kepada si pencuri supaya membetulkan kesilapannya.

Kepada orang-orang yang terlibat dalam mencabut nyawa manusia 'jahat' itu, tahniah! sememangnya anda bijak dan hebat dalam menjatuhkan hukum kepada orang lain ;)

Sebelum Belalang akhiri tulisan, Belalang harap anda sudi untuk renung-renungkan pendapat pembaca Belalang di atas tersebut.

Terima kasih kerana membaca...

Ulasan

  1. mesti hero2 melayu bangga nih..

    BalasPadam
  2. sy rasa klu marhkan pon jgn balun mamat tu sampai mati

    BalasPadam
  3. sebelum jatuhkan hukuman selidik dulu sampai ke akar umbi.. sebab apa dia ambil tindakan begitu

    tapi rasanya tak perlu la sampai mati kot

    BalasPadam
  4. ehem..kalau marahpun..takkan diaorg pukul sampai mati..pukul sikit je & sepatutnya serah pada polis..kesian juga bila dengar ceta ni..semuga jadi pengajaran buat mereka yg terfikir utk mencuri dirumah Allah..

    BalasPadam

Catat Ulasan