Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hukuman pada orang salah

Penamat Cerita Pukul Orang Jahat Tak Salah!

Imej
  Masih ingatkah anda dengan gambar di atas ini? Belalang pernah menulis satu entry berkaitan denga berita dan gambar di atas ini. Kepada yang belum membaca, sila rujuk kembali entry itu dengan klik tajuk ini, Pukul Orang Jahat Tak Salah! Belalang mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan dan juga pembaca yang sudi meninggalkan komen dan pendapat dalam entry itu. Walau pendapat kita berbeza, namun Belalang menerima pendapat-pendapat itu. Sekurang-kurangnya ia membuatkan Belalang berfikir apa yang Belalang tak terfikir sebelum ini. Terpanggilnya Belalang untuk kongsikan lagi cerita mengenai hal kecurian itu kerana satu komen yang Belalang terima di blog SBT. Komen yang membuatkan Belalang teringat kembali pada entry Belalang yang lepas itu. Klik untuk besarkan gambar Seorang pembaca telah meninggalkan komen yang berbunyi begini- mei16....aku dpt berita drp kwn aku mgatakn budak yg pecah tabung masjid ni dah meninggal dunia krn kecederaan teruk di bhagian kepala dan ...

Pukul Orang Jahat Tak Salah!

Imej
  Hebat! itulah ayat pertama yang lintas di kepala Belalang bila kali pertama melihat dan membaca berita ini. Orang Ramai Belasah pencuri ni sampai patah rahang sebab nak curi duit tabung masjid. Nah, baca tentang hal tersebut di sini . Belalang malas nak cerita balik pasal hal tu, Belalang hanya nak beri pendapat. Orang kita sekarang semuanya hebat-hebat. Maklumlah kerana ada kata-kata yang mengatakan 'Rakyat Hakim Negara', maka ramailah orang yang menjatuhkan hukuman pada orang lain hanya dengan ikut kepala dia saja. Macam kejadian kat atas tu, tak payah dah nak panggil-panggil polis, terus jatuh hukum pada waktu itu, belasah saja beramai-ramai! Siapa yang tak marah kalau orang buat jahat, betul tak? Dah pasti yang memukul pencuri tersebut sampai setengah mati adalah orang melayu yang dah tentu beragama Islam. Nah, orang luar cop Islam sebagai agama ganas lagi lepas ni. Ah! pedulikan itu semua. Yang pasti orang yang buat jahat patut diajar macam tu. Orang yang pukul ...