Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kemalangan

Gambar Kemalangan Troli Membawa Barang Di Tesco Kulim

Imej
Seorang pemilik akaun Facebook telah memuat naik satu status tentang kemalangan berpunca dari troli membawa barang di Tesco Kulim yang rodanya tidak mencengkam pada travelator. Status bersama dua keping gambar kejadian yang dimuat naik ke group Info Cegah Jenayah @ Kulim, dikatakan berlaku 10 malam 20 Mei, telah mendapat respon dari pemilik-pemilik akaun yang lain. Kejadian tersebut telah menyebabkan dua orang pengunjung pasaraya tersebut mengalami kecederaan. Mujurlah tiada kemalangan jiwa. Rata-rata pemilik akaun meluahkan pendapat tentang kebanyakkan troli membawa barang di Tesco Kulim menghadapi masalah pada roda. Pendapat itu mendapat sokongan dari pengguna lain yang memberikan pendapat hampir sama tentang masalah tersebut. Namun ketika punca dilihat seperti kesalahan pihak Tesco, tampil seorang lagi pemilik akaun Facebook menyatakan yang pelanggan terbabit tidak menggunakan troli barangan yang disediakan oleh pihak Tesco. sebaliknya, pengguna tersebut ...

Malang Berbau Asap Lori

Imej
Malang berbau asap lori. Ya, itulah yang telah berlaku ke atas Belalang. Itu la orang selalu cakap. Benda kalau nak jadi, pusinglah macam mana pun ia tetap akan jadi. Dalam kes Belalang ni, siapalah yang nak sangka kereta yang elok-elok ada dalam laman rumah sendiri telah dilanggar belakang oleh sebuah lori. Sungguh luar biasa. Cis! - - - - - - - - Kereta Evo 5.0 Belalang yang kemik akibat dilanggar lori yang mahu buat pusingan U Tengok tu, habis jahanam belakang kereta ku yang gebu itu di rempuh dek lori yang silap masuk jalan mahu hantar pasir. Kebetulan semasa kejadian berlaku, Belalang baru sahaja masuk ke bilik mandi nak siap-siap ke kedai. Baru sahaja nak cebok air, Mrs.Belalang jerit panggil cakap kereta kena langgar. Nasib baik yang memandu lori tersebut adalah pemilik lori itu sendiri, bukannya kuli kedai hardware tersebut. Melihat Mrs.Belalang yang dah start cakap tinggi-tinggi suara, tokey tu awal-awal lagi cakap dia akan bayar semua kos baik pulih. Tadi...