Malang Berbau Asap Lori
Malang berbau asap lori. Ya, itulah yang telah berlaku ke atas Belalang. Itu la orang selalu cakap. Benda kalau nak jadi, pusinglah macam mana pun ia tetap akan jadi. Dalam kes Belalang ni, siapalah yang nak sangka kereta yang elok-elok ada dalam laman rumah sendiri telah dilanggar belakang oleh sebuah lori. Sungguh luar biasa. Cis! - - - - - - - - Kereta Evo 5.0 Belalang yang kemik akibat dilanggar lori yang mahu buat pusingan U Tengok tu, habis jahanam belakang kereta ku yang gebu itu di rempuh dek lori yang silap masuk jalan mahu hantar pasir. Kebetulan semasa kejadian berlaku, Belalang baru sahaja masuk ke bilik mandi nak siap-siap ke kedai. Baru sahaja nak cebok air, Mrs.Belalang jerit panggil cakap kereta kena langgar. Nasib baik yang memandu lori tersebut adalah pemilik lori itu sendiri, bukannya kuli kedai hardware tersebut. Melihat Mrs.Belalang yang dah start cakap tinggi-tinggi suara, tokey tu awal-awal lagi cakap dia akan bayar semua kos baik pulih. Tadi...