Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2012

Percutian 3 Hari 2 Malam Ke ..... (Nak tau Kena La Baca)

Imej
Percutian? Sebenarnya rasa macam tak patut nak letak tajuk ni. Tapi disebabkan kepala memang tak boleh nak fikir tajuk yang lebih ok dari itu, jadi letak sajalah :) Mungkin ada rakan-rakan blogger yang tahu atau ada juga yang belum. Awal minggu sudah Belalang Jr. telah ditahan di wad kanak-kanak hospital Kulim akibat demam berpanjangan. Pada mulanya dia hanya demam. Namun masuk hari ke lima Belalang Jr. mulai selsema. Pagi Belalang bawa ke hospital tu apabila Belalang nampak dia seperti mengalami kesukaran bernafas. Masuk wad kecemasan, Belalang Jr. diberi sedut gas untuk pesakit asma. Lepas diperiksa, terus doktor tahan dia ke wad. Mujur Belalang Jr. cepat sembuh. Kalau tidak alamat lagi lama la dia kena lepak hospital. Itulah pengalaman pertama Belalang Jr. bermalam di wad. Sampai fobia dia dengan doktor dengan jururawat yang datang nak periksa dia. Takut kena cucuk. Sampai entry ini ditulis, Belalang Jr. dah sihat sepenuhnya. Tiada deman, tiada sesema dan batuk lagi :) T

Mencari Rezeki Halal

Imej
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Baru-baru ini Belalang terperasan di jalan yang sering Belalang lalui untuk ke kedai Belalang sudah ada orang yang berniaga goreng pisang. Sebenarnya tiada apa sangat yang menarik perhatian Belalang untuk mengambil gambar kedai goreng pisang tersebut. Hinggalah Belalang terperasan sesuatu yang rasanya menarik untuk dikongsikan bersama pembaca. Gambar setelah di zoom Lihat, anak kecil bukan halangan atau alasan untuk wanita ini mencari duit bagi menyara keluarga. Walaupun dengan cuaca yang panas dan tak menentu sekarang ini, dia sanggup redahi bersama anak-anaknya. Buaian didirikan untuk si kecilnya tidur. Belalang sememangnya kagum dengan semangat wanita ini. Kagum kerana dia tidak menggemis meminta ehsan orang. Bukan hanya tadah tangan mengharap pemberian daripada orang ramai. sebaliknya dia berusaha sendiri dengan tulang empat kerat mencari rezeki yang halal. Semoga keluarga ini dimurahkan rezeki. Terima kasih kerana memba

Gelap Lagi?

Imej
Semenjak kebelakangan ni kerap pula rasanya Kulim mengalami masalah terputus bekalan elektrik. Walaupun bukan semua kawasan, namun tetap sering berlaku. Mungkin TNB nak biasakan kembali orang Kulim supaya hidup seperti orang tua dulu-dulu. Kehidupan yang hanya diterangi oleh cahaya pelita minyak tanah :P Kelmarin dari pukul 8 malam hingga 9:30 malam bekalan elektrik terputus. Keadaan di McDonald's Kulim sewaktu tiada elektrik Kasihan McDonald's Kulim . Masuk kali ni sudah dua kali mereka bergelap untuk beberapa ketika. Bayangkan jika sebulan 2 atau 3 kali jadi macam ni, mau angin satu badan juga tokey McD. Jika tak silap, Giant Kulim (Kulim Landmark) juga pernah bergelap beberapa ketika akibat masalah yang sama. Harapnya selepas ini TNB Kulim dapat mengurangkan masalah ini. Walau hanya sejam, kerugian yang terpaksa ditanggung oleh peniaga tetap dirasakan. Terima kasih kerana membaca...

Gambar FB | Kurangkan Beban Dosa Arwah

Imej
Agak lama Belalang membiarkan blog ini tanpa di update. Jujur cakap sepanjang Belalang berblog, kali ni la perasaan nak ngadap blog rasa paling down teruk ya amat. Blog SBT pun update lebih kurang ja. Semalam dah ada mood sikit, tu pasal yang blogwalking ke beberapa blog. Hehehe Memandangkan mood berblog tak berapa nak ok lagi, Belalang hanya nak kongsikan gambar ini yang Belalang jumpa di Facebook. (klik pada gambar untuk paparan lebih jelas) Apa pendapat anda mengenai gambar ini? Sudi-sudi untuk kongsikan... Terima kasih kerana membaca :)

Sakit Kepala Sebab Mengandung?

Imej
Entah mengapa bila malam sahaja, sakit kepala menyerang. Sakit yang teramat sangat. Sampaikan tak boleh lelap mata nak tidur. Err... bukan Belalang yang menghadapi masalah ini, tapi Mrs.Belalang. Simpati juga lihat keadaannya. Nak ambil ubat tak berani, takut pasal dia sedang mengandung. Bagitau doktor yang periksa dia pun, doktor tu tak tahu nak cakap apa. Cuma doktor nasihat jangan tonton tv sebelum tidur. Walaupun dan amal, tapi masih lagi sakit kepala menyerang dia. Jadi Belalang nak minta tolong la pada siapa-siapa yang tahu apa-apa petua untuk hilangkan sakit kepala. Memang orang mengandung macam ni ke? dulu waktu anak pertama tak ada pun masalah macam ni. Harap ada yang sudi kongsikan apa-apa cadangan... Terima kasih kerana membaca

Peristiwa Sebenar Tentang 'Langit Nak Runtuh!'

Imej
Masih lagi bercerita tentang peristiwa hujan petang kelmarin. Sedang otak ini melayang sambil melihat titis-titis hujan, tiba-tiba Belalang terpandang aliran air yang sangat deras di kaki lima betul-betul depan Belalang. Hairan, mana datangnya air sebanyak ini? Nah, rupa-rupanya air yang maha dasyat itu datang dari atas kedai Belalang! - - - - - - -   Macam air terjun. Laju ya amat turun dari atas Mujur atas kedai sudah tiada penyewa. Kalau tidak, tak tahulah berapa nilai kerugian yang dihadapinya. Rupa-rupanya bukan Belalang saja menerima nasib ini, beberapa kedai lagi turut terkena musibah yang sama. Lebih malang ada yang berniaga di tingkat atas seperti kedai foto dan kedai produk kecantikkan turut dimasuki air. Kasihan betul. Melalui lubang di siling itulah air mengalir masuk Dalam masa yang sama di rumah kakak Belalang, tiba-tiba bunyi letupan yang kuat diikuti bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba. Rupanya di bahagian tepi rumah telah dipanah petir sampai

Langit Nak Runtuh!

Imej
Gambar-gambar ini adalah pemandangan disekitar kedai Belalang petang kelmarin. Jarum jam belum pun menunjukkan angka 6 petang, namun cuaca yang gelap seakan-akan sudah lewat 8 malam. Petir dan guruh jangan cerita, hampir setiap saat paluan demi paluan. Hinggakan terasa macam nak tercabut jantung. Fenomena yang sudah lama tidak berlaku di sini. Hujan beserta ribut yang sangat kuat. Apakah ia membawa sesuatu petanda? Membaca berita hari ini, seorang pelajar maut dipanah petir . Manakala 4 termasuk seorang guru cedera disebabkan perkara yang sama. Waktu kejadian adalah sama masa ketika Belalang merakamkan gambar-gambar ini. Takziah Belalang ucapkan kepada keluarga arwah. Semoga arwah ditempat bersama orang-orang yang soleh. Terima kasih kerana membaca...