Sakit Kepala Sebab Mengandung?

Entah mengapa bila malam sahaja, sakit kepala menyerang. Sakit yang teramat sangat. Sampaikan tak boleh lelap mata nak tidur.


Err... bukan Belalang yang menghadapi masalah ini, tapi Mrs.Belalang. Simpati juga lihat keadaannya. Nak ambil ubat tak berani, takut pasal dia sedang mengandung.

Bagitau doktor yang periksa dia pun, doktor tu tak tahu nak cakap apa. Cuma doktor nasihat jangan tonton tv sebelum tidur. Walaupun dan amal, tapi masih lagi sakit kepala menyerang dia.

Jadi Belalang nak minta tolong la pada siapa-siapa yang tahu apa-apa petua untuk hilangkan sakit kepala. Memang orang mengandung macam ni ke? dulu waktu anak pertama tak ada pun masalah macam ni.

Harap ada yang sudi kongsikan apa-apa cadangan...

Terima kasih kerana membaca

Ulasan

  1. salam belalang...mmg mengandung akan sakit kepala tak tertahan biasanya. kadang2 smpi saat nak melahirkan pun akan ada sakit kepala.hormon tak stabil mmg mcm tu

    biasanya apa yg akak buat utk 4 kali mengandung dulu akak mmg tak mkn ubat. akak akan mandi, tp make sure basah kaki dulu dan bawa ke atas.mandi dr bahagian kanan dulu baru basahkan kiri badan. tapi kalau mls mandi selawat dan basahkan kepala je pun okey, rest dan baring dgn bantal tinggi dan sedut nafas dalam2.

    amalkan ambik madu dan kurma tiap hari bg mengurangkan sakit kepala. itu je yg akak amalkan sepanjang akak mabuk teruk masa akak oeknen kali ke4 hr tu

    BalasPadam
  2. assalam belalang..maaflah mama baru ari ni dapat lawat belalang..mama pun terdown kebelakangan ini..
    cuba mrs.minum teh o diperahkan limau nipis didalamnya..atau gosokkan kepala yg pening dengan limau nipis..biarkan sekejap, kemudian bilas dgn air..semuga mrs.cepat sembuh..amin..

    BalasPadam
  3. sakit kepala sampai sakit leher ke??tengah alami ni..
    mak akak kata kurang minum air masak dan kurang tidur.sebab nya bila mengandung ni memang tidur malam macam tak nyenyak.

    BalasPadam
  4. wife sy baru je lega sakit kepala dekat seminggu..pelik betul hiilang tiba2 sakit tu ..virus kot

    BalasPadam
  5. Tak tau nak nasihat apa sbb takde pengalaman.Apa2 pun moga2 Mrs.Belalang cepat sembuh.Bukan senang nak 'lahirkan' anak tau Belalang!

    BalasPadam
  6. ohhh pening kepala ya.. memang lain pengalaman mengandung bagi setiap wanita.. lain pembawakannya.. kak ida dulu setiap kali mengandung mesti dpt penyakit kencing manis dan darah tinggi dah lepas bersalin semua sakit2 tu hilang.. bab pening kepala ni susah juga kan sbb tak dpt makan sebarang ubat.. Kalau berlarutan kena pegi klinik dan tanya pendapat doktor.. sementara tu boleh le tolong picit2kan kepala istri tersayang.. kim salam ngan org rumah ye...

    BalasPadam
  7. wahhh... take care ya..

    nasib masa mia mengandung dulu muntah sebulan sekali. takde pening kepala yang teramat sangat. bila pening skit2 terus tido, bangun tido terus hilang.. mungkin sebab mia sedang belajar kot...dipermudahkan segala urusan.

    setiap ibu yang mengandung tak sama pengalamannnya....

    BalasPadam
  8. amik pengalaman dari orang-orang yang berpengalaman macam sis LM & mama aini :)

    BalasPadam

Catat Ulasan