Nak Cari Makan Ke Cari Nahas?

Berhampiran dengan premis perniagaan Belalang ni, terdapat gerai-gerai kecil milik peniaga melayu. Tapak perniagaan mereka ini sememangnya mendapat kebenaran dari pihak majlis perbandaran (MPK) dengan bayaran tertentu untuk setiap hari.

Apa yang Belalang nak kongsikan disini adalah perihal satu gerai yang menjual ayam goreng di sini.


Perhatikan kedudukan tempat memasak gerai ini.


Nampak tak? begitu hampir dengan kabel elektrik! Rasanya kalau Karam Singh Walia datang sini pun, dia akan tegur hal ini. Buatnya api dapur sambar kabel tersebut, boleh menyebabkan ada yang cedera juga rasanya.

Sebelum ada perkara buruk berlaku, perlu rasanya ada tindakan samada dari pemilik kedai atau pihak majlis MPK untuk mengubah ke lokasi baru yang lebih selamat. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah.

Terima kasih kerana membaca

Ulasan

  1. ada jugak ye orang yang tak reti apa macam ni..kena tegur tu..jangan dibiarkan..bahaya...

    BalasPadam
  2. assalam belalang..sori ya..mama bz sesangat,mlm2 baru dapat update entry & BW ke entry belalang..he2x !!.ehem memang bahaya sangat kedudukan gerai ni n ada kanak2 juga tu..kadang2 kita rasa serba salah pulak nak tegur kan..hu2x..takut nanti dia salah faham..

    BalasPadam
  3. tak sempat nak fikir bahaya tu
    asyik pikir untung je

    BalasPadam
  4. ayam goreng dia sedap tak belalang? (bahaya tu..)

    BalasPadam
  5. alahai adikku sayang.. awat ceq wat lagu tu.. harap2 xda musibah apa yang berlaku.

    bell kena tegur ni.

    BalasPadam
  6. ohh.. kalau kabel tu putus..kena tuan kedai..memang jadi ayam gorenglah..

    BalasPadam

Catat Ulasan