Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel komen

Perlu Kembali!

Imej
Memanglah Penat Tapi macam mana nak buat Sudah lambat Baru nak cepat Terperanjat - Butterfingers 'Kembali' Lama terabai blog Encik Bell bukan tiada idea, tapi kerana terlalu banyak komitmen perkara-perkara lain yang perlu diberi keutamaan. Disebabkan itu, Belalang telah melakukan beberapa perubahan yang besar dalam penjadualan semula jadual harian Belalang. Harapnya lepas ini Belalang akan dapat update blog ini dengan lebih konsisten. Kepada yang ada tinggalkan komen dan Belalang baru sahaja publish, minta maaf la ye. Belalang hargai sangat dengan kesudian anda meninggalkan komen. Lepas ini Belalang akan cuba pastikan setiap komen akan dipublish pada masanya. Teruskan menyokong blog Encik Bell :) Terima kasih kerana membaca... ** 11 blog, 10 fanpages, setiap hari keluar pos barang, memang tak terkejar nak jaga kesemuanya. Huhuhu...

Penampakkan Makhluk Halus Di Tesco Kulim

Imej
Tesco Kulim banyak sangat makhluk halus. Ya, Belalang tak tipu. Belalang sendiri dah berjaya melihat dan merakam gambar makhluk-makhluk halus yang berkeliaran dalam pasaraya Tesco Kulim tersebut. Sebelum ini Belalang hanya mendengar kisah ini dari mulut sahabat-sahabat Belalang. Belalang sendiri masih belum pernah melihat dan menyaksikannya sendiri. Namun pada suatau hari yang indah beserta yang angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, Belalang telah berjaya menyaksikan makhluk gerombolan makhluk halus tersebut. Tak mahu melepaskan dengan apa yang Belalang lihat ini, dengan segeranya Belalang merakam objek-objek ini. Lagipun rakaman ini sebagai bukti yang Belalang bukan hanya bercakap kosong. Tengok gambar-gambar di bawah ini-  Perhatikan betul-betul pada lantai-lantai itu. Begitu banyak makhluk halus. Tak nampak?   Itu beberapa lagi makhluk-makhluk halus. Tak nampak juga? di bawah ini lagi jelas - - - - - Itulah dia makhluk-makhluk halus yang Belalang cakapkan...

Tragedi 13 Mei 1969 | Apa Yang Terjadi Pada 13 Mei?

Imej
13 Mei satu tarikh yang sering disebut oleh media tak kira elektronik mahu pun akhbar-akhbar tempatan. sering juga kita terbaca atau dengar orang berpesan jangan ulangi sejarah 13 Mei. Setiap tahun pada 13 Mei, sememangnya akan ada orang yang bercakap tentang tarikh ini. Apa yang berlaku pada 13 Mei 1969? Setelah 43 tahun peristiwa itu berlaku, ia masih disebut hingga ke hari ini. Teruk sangatkah 13 Mei? Sebagai warganegara yang lahir selepas 13 Mei 1969, jujur cakap Belalang memang tidak tahu dan tiada pengalaman tentang apa yang berlaku pada hal yang berlaku 43 tahun yang lalu. Namun, daripada apa yang Belalang baca dan dengar daripada mereka-mereka yang melalui zaman itu, tragedi tersebut benar-benar memberi kesan mendalam pada bumi bertuah Malaysia ini. Mama Belalang sendiri ada menceritakan pengalamannya pada waktu itu. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Pengajaran dari hal tersebut patut kita ambil dan jangan sesekali ulangi kesilapan yang sama. Keharmonian dan sifat m...

Nak Cari Makan Ke Cari Nahas?

Imej
Berhampiran dengan premis perniagaan Belalang ni, terdapat gerai-gerai kecil milik peniaga melayu. Tapak perniagaan mereka ini sememangnya mendapat kebenaran dari pihak majlis perbandaran (MPK) dengan bayaran tertentu untuk setiap hari. Apa yang Belalang nak kongsikan disini adalah perihal satu gerai yang menjual ayam goreng di sini. Perhatikan kedudukan tempat memasak gerai ini. Nampak tak? begitu hampir dengan kabel elektrik! Rasanya kalau Karam Singh Walia datang sini pun, dia akan tegur hal ini. Buatnya api dapur sambar kabel tersebut, boleh menyebabkan ada yang cedera juga rasanya. Sebelum ada perkara buruk berlaku, perlu rasanya ada tindakan samada dari pemilik kedai atau pihak majlis MPK untuk mengubah ke lokasi baru yang lebih selamat. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah. Terima kasih kerana membaca