Sabtu, 13 Februari 2016

Lando Zawawi | Brotherhood Utara | PBT Hi-Tech Kulim Kena Libas?

Baru-baru ni (dalam minggu sudah) ketika melalui jalan bersebelahan Masjid Kulim, Belalang terperasan di atas jalan yang Belalang lalui ada tanda (marking) BROTERHOOD UTARA.

Rupanya geng-geng Brotherhood dan Lando Zawawi sudah sampai ke Kulim, Kedah.


Bagi yang belum mengenali, Lando Zawawi adalah seorang pelakon dan artis di tanah air kita. Lando bersama rakan-rakannya telah membentuk sekumpulan yang digelar sebagai Brotherhood.

Kumpulan ini secara sukarela menanda dan menampal jalanraya yang berlubang dan tidak diselenggara dengan baik oleh pihak-pihak berwajib, sebagai amaran kepada pengguna jalanraya yang lain terutama penunggang motosikal agar berhati-hati melalui kawasan tersebut.

Teguran yang diberikan oleh mereka kepada pihak-pihak yang terlibat sememangnya sinis dan membuatkan mereka yang terlibat panas 'bontot' dan tak senang duduk dibuatnya.


Berbalik kepada aktiviti kumpulan ini di Kulim. Menerusi fanpage rasmi Lando Zawawi Vrus di Facebook, Lando telah memuat naik 'screen shot' perbualan diantara dia dan seorang kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Kulim Hi-Tech yang namanya telah dirahsiakan tentang masalah jalan-jalan berlubang dan tidak berturap di sekitar bandar ini.


Agak panas juga perbualan ini. Di bawah adalah gambar-gambar yang Belalang ambil dari fanpage ini.








Kesimpulan yang dapat Belalang berikan Brotherhood telah melakukan sesuatu yang baik kerana mereka peka pada masalah yang dilalui pengguna jalanraya terutama penunggang motosikal.

Dan kepada pihak-pihak berwajib pula, silalah ambil tindakan untuk menyelenggara jalanraya dengan sebaik mungkin agar ia tidak membahayakan nyawa orang ramai.

Jangan tunggu hingga ada yang menjadi mangsa hingga menyorbankan nyawa, baru tindakan mahu dijalankan kerana pada ketika itu tindakan yang diambil sudah dikira terlambat.

Terima kasih kerana membaca

3 ulasan:

  1. lando ni pelakon dalam cerita polis trafik di tv2 dulu kan..roda2 kuala lumpur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pasti pula lando pernah berlakon siri tu ke tak... tapi yang pasti lando ni antara salah seorang ahli entiti yang dok cari hantu dulu tuuuu :)

      Padam
  2. Ya... Lans Koperal Mamat tu dia la.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Artikel Menarik