Lima Hotel Di Kulim Kedah Mudah Dan Selesa

Jika anda pertama kali di Kulim dan mencari hotel untuk bermalam, Lima hotel di Kulim Kedah mudah dan selesa ini boleh menjadi tempat singgahan anda.

Jarak diantara hotel-hotel ini dengan tempat-tempat seperti Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (Poli Kulim), UniKL, Kulim Hi-Tech, Kolej Mara, Kolej Jururawat, MRSM Kulim dan lain-lain tidaklah begitu jauh.

Ada diantara tempat-tempat penginapan ini hanya mengambil masa sekitar 10 minit bperjalanan dari hotel ke tempat tersebut.

Ok jom kita lihat lima hotel di Kulim Kedah yang belalang maksudkan


1. Hotel Sri Malaysia

Lima Hotel Di Kulim Kedah Mudah Dan Selesa

Alamat: Taman Tasik Putra, 09000 Kulim, Kedah
No. tel:04-490 9898

Lokasinya hanya bersebelahan Tasik Putra Kulim dan juga stesen bas Kulim. Tasik ini menjadi aktiviti riadah disebelah petang oleh kebanyakkan pengunjung.

Pasti tidak bosan jika bermalam di Hotel Sri Malaysia Kulim.


2. Tune Hotel

Lima Hotel Di Kulim Kedah Mudah Dan Selesa

Alamat: No.4, Jalan KLC Satu (1), Kulim Landmark Central, 09000 Kulim, Kedah
No. Tel:1-300-88-8863

Bersebelahan dengan pasaraya Landmark Kulim (Giant Kulim), sekeliling tune Hotel Kulim mempunyai kemudahan yang lengkap seperti restoran 24 jam, bank, 7 Eleven dan lain-lain.

Jika nak beraktiviti seperti karaoke atau menonton wayang, boleh kunjungi ke Landmark kerana di dalamnya mempunyai tempat-tempat tersebut termsuk Bowling.


3. Kulim Inn

Lima Hotel Di Kulim Kedah Mudah Dan Selesa

Alamat: Jalan Bukit Awi, 09000 Kulim, Kedah
No. Tel:04-490 0420

Terletak bersebelahan dengan Sekolah Rendah Sri Kulim. Sekiranya anda memilih susur keluar Jawi dan melalui jalan Air Merah, Anda akan menemui Kulim Inn ini terlebih dahulu.

Lokasi Kulim ini sesuai bagi keluarga yang mahu bermalam bagi mendaftar masuk anak-anak mereka ke KOlej Mara Kulim, Kolej Vokasional Kulim dan MRSM Kulim.


4. Urban Inn Kulim

Lima Hotel Di Kulim Kedah Mudah Dan Selesa

Alamat: 925 - 926 Jalan Lembah Impiana 5, Lembah Impiana III, 09000 Kulim, Kedah. 
No. tel: +604 – 4911776 / +604 – 4902776
Email: infokulim@urbaninn.com.my

Lokasi Urban Inn hanya bersebelahan dengan Tesco Kulim. Masih lagi baru dibuka kepada orang ramai. selain daripada menginap di sini, ramai juga yang berkunjung ke Urban Inn untuk singgah makan disini.

Masakan western disini dikatakan terbaik! betul ke? kena la cuba kalau nak tahu :)


5. Village View Motel 

Lima Hotel Di Kulim Kedah Mudah Dan Selesa

Alamat: No 20,jalan Melawis 1,Taman Melawis,09000,KULIM Kedah, K120, 09000 Kulim, Kedah
No. Tel:04-495 2294

Tempat penginapan ini juga masih lagi baru dibuka. Terletak sedikit terkeluar dari kesibukan jalan raya Kulim, ia memberikan ketengan bagi mereka yang inginkan suasana tenang seperti di kampung.

Lokasi Village View Motel juga tidaklah begitu jauh dengan Landmark Kulim. Berhampiran Village View Motel, ada warung Laksa Pasu Ikan Sekoq. Kalau bermalam disini boleh la cuba laksa ini.


Itulah Lima hotel di Kulim Kedah mudah dan selesa yang dapat Belalang kongsikan kepada anda yang mempunyai urusan ke Kulim. Semoga perkongsian ini membantu anda dalam membuat pilihan.

Terima kasih kerana membaca

Ulasan