Kad Debit Ambank Rosak | RM12 Tukar Kad Baru

Baru 3 bulan Belalang memegang kad debit Ambank Malaysia, dah pun rosak dan terpaksa diganti dengan kad yang baru.

Bermula pada hari Jumaat yang lalu dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja, Belalang singgah ke Affin bank untuk keluarkan duit.

Kad Debit Ambank Rosak | RM12 Tukar Kad Baru


Masuk nombor akaun, ok. Bila tekan cek baki, terus kad tendang keluar beserta slip. Tak puas hati Belalang cuba sekali lagi. Kali ni masukkan jumlah pengeluaran terus. Pun Berlaku hal yang sama.

Kerana terfikir yang sistem antara bank (MEPS) ada masalah, Belalang terus pula ke cawangan Ambank Kulim. Hal yang sama juga berlaku.

Sudahlah hari Sabtu dan Ahad bank tak buka. Terpaksalah tunggu hingga hari Isnin.

Pagi Isnin Belalang terus ke cawangan Ambank Sungai Dua untuk tukar kad. sebelum jumpa pegawai, sekali lagi Belalang cuba dahulu kad tersebut. Sah, memang rosak.

Pegawai perhubungan pelanggan yang bertugas bagi tahu yang kad ok, cuma sistem mereka yang bermasalah. Dia minta Belalang cuba lagi pada sebelah petang nanti.

Pelik juga Belalang, macam mana sistem boleh masalah dari hari Jumaat lagi?

Petang tu Belalang cuma lagi. Tak boleh juga!

Pagi ini (Selasa) Belalang sekali lagi mengadap pegawai yang sama melayani Belalang semalam.

Kad debit Ambank baru pun diberi dengan cas RM12.

Barulah masalah selesai dan duit gaji pun dapat dikeluarkan dengan jayanya :)

Samada kad debit Ambank ini tak tahan atau Belalang yang tak pandai menjaganya itu Belalang tak pasti.

Yang penting, semoga Ambank Malasyia dapat memastikan yang chip pada kad mereka lasak dan tahan lama supaya tak ia tak menjadi masalah kepada pemegang kad bank cawangan ini dimasa hadapan.

Terima kasih kerana membaca.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gelap Lagi?

Cara Membuka Dua Akaun Facebook Pada Telefon Pintar

Jangan Makan Mee segera Mamee Perisa Itik! Kalau Tidak....