Kidland Prangin Mall Pulau Pinang | Bermain Sambil Belajar

Pada Sabtu yang lepas Belalang sekeluarga telah berkesempatan untuk berkunjung ke Kidland di Prangin Mall Pulau Pinang.

Apa yang boleh Belalang kongsikan tempat ini memang terbaik untuk anak-anak. Konsepnya penerapan pembelajaran di dalam suasana bermain yang menyeronokkan.

Kidland Prangin Mall Pulau Pinang | Bermain Sambil Belajar

Pada awalnya Belalang tak bercadang langsung untuk datang ke sini. Kebetulan seorang kenalan Belalang telah berikan sekeping voucher Kidland bernilai RM50.

Kidland Prangin Mall Pulau Pinang | Bermain Sambil Belajar

Alang-alang dah ada voucher ditangan, Belalang terus sahaja membawa keluarga ke sini.

Lokasi Kidland adalah di Prangin Mall yang terletak di jalan Dr.Lim Chwee Leong, hanya bersebelahan dengan bangunan komtar.

Terletak di aras 4 dan 5 bangunan tersebut, sebaik meletakkan kenderaan kami sekeluarga terus menaiki lift menuju ke kidland.

Dari jauh anak-anak dah terlajak excited bila nampak patung Transformers dan beberapa lagi mainan yang diletakkan di hadapan pintu masuk Kidland.

Kidland Prangin Mall Pulau Pinang | Bermain Sambil Belajar

Setiap kami mendaftar terlebih dahulu di hadapan pintu masuk dan diberikan sekeping kad dan dipakaikan tag pada pergelangan tangan.

Kidland Prangin Mall Pulau Pinang | Bermain Sambil Belajar

Di dalam Kidland disediakan lebih daripada 15 jenis permainan/kelas dan setiap satu darinya mempunyai harga yang berbeza.

Setiap permainan/kelas ada diantaranya mempunyai masa untuk satu-satu sesi.

Kidland Prangin Mall Pulau Pinang | Bermain Sambil Belajar

Kidland Prangin Mall Pulau Pinang | Bermain Sambil Belajar

Di dalam kelas ini kanak-kanak yang menyertainya akan dapat melakukan aktiviti sendiri sambil diawasi dan diberi tunjuk ajar oleh kakitangan Kidland.

Contoh seperti kelas membuat biskut, mereka akan diajar bagaimana membuat biskut sambil kakitangan tersebut memberikan didikan kepada mereka seperti mengapa perlu guna apron? mengapa perlu guna topi? dan sebagainya...

Kidland Prangin Mall Pulau Pinang | Bermain Sambil Belajar

Kidland Prangin Mall Pulau Pinang | Bermain Sambil Belajar

Kidland Prangin Mall Pulau Pinang | Bermain Sambil Belajar

Kidland Prangin Mall Pulau Pinang | Bermain Sambil Belajar

Banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak Kidland seperti surau, tempat makan dan kemudahan bilik air.

Tempat ini juga dibuka pada setiap hari bermula pukul 11 pagi hingga 9 malam.

Belalang hanya sempat membawa anak-anak ke kawasan Babyland. Disitu sahaja anak-anak bermain hampir 2 jam. Itupun rasanya mereka masih belum explore setiap inci Babyland... Hahaha

Ketika mahu berangkat pulang, Belalang Jr. berkali-kali minta janjikan untuk membawanya ke sini lagi di masa akan datang.

Kepada anda yang bercadang mahu membawa anak-anak ke sini, bolehlah layari laman web rasmi Kidland di www.kidland.com.my untuk mengetahui butiran-butiran lanjut.

Atau boleh terus hubungi nombor telefon di bawah ini atau terus sahaja datang ke sini di alamat seperti tertera di bawah.

Kidland Prangin Mall Pulau Pinang | Bermain Sambil Belajar

Terima kasih kerana membaca...

p/s: sesetengah gambar yang dikongsikan disini diambil dari laman web Kidland. Gambar-gambar kepunyaan Belalang terpadam hampir kesemuanya ketika proses pindah ke komputer

Ulasan

  1. Adik SA ada kat Balik Pulau Penang, selalu pi sana tapi jarang dapat berjalan dan explore tempat2 menarik..kali kalau pi memang kena terjah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom2 terjah... belalang pun nak bawa budak2 ni satu round lagi... bising nak p lagi... hehe

      Padam
  2. setiap permainan tu kita kena bayar masa anak nak main atau dia kira sekali dengan tiket masuk tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia time nak masuk tu kita kena bayar mcm topup tu... kiranya klu masuk RM10, pegi la cari game yg RM10 atau kurang dari tu... klu habis leh tambah lagi :0

      Padam

Catat Ulasan