Ayat Al-Quran Ghaib | Petanda kiamat?

Hari ini Belalang terbaca satu berita tentang ayat Al-Quran ghaib yang berlaku di Masjid Hijau, Kampung Kedah, Parit Buntar.

Perkara ganjil yang berlaku ke atas naib kadi Pejabat Agama Islam Parit Buntar, Mohamad Khori Junus segera menarik perhatian umat Islam di negara ini.

Ayat Al-Quran Ghaib | Petanda kiamat?

Klik tajuk disebelah untuk membaca penuh berita ini -->> Terkejut ayat al-Quran ‘ghaib’

Kerana hal seperti ini jarang-jarang berlaku, maka mulalah masing-masing memberikan pendapat.

Ada yang berpendapat ini salah satu daripada tanda-tanda akhir zaman kerana di akhri zaman nanti semua kitab-kitab yang pernah diturunkan akan diangkat kembali oleh Allah.

Ada juga yang mengatakan hal ini berlaku kerana dakwat yang dicetak telah pudar dan tiada apa-apa yang ganjil perlu dirisaukan

Dalam pengcarian Belalang diinternet, kes sebegini pernah berlaku di Sekolah Agama Maahad Saniah, Pasir Puteh Kelantan sekitar tahun 2014.

Ayat Al-Quran Ghaib | Petanda kiamat?

Klik tajuk disebelah untuk membaca penuh berita ini -->> Ayat Al-Quran Hilang Di Kelantan

Apa jua tanggapan, bagi Belalang tidaklah sesuatu itu berlaku dengan tanpa sebab dan tiba-tiba melainkan ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh-Nya supaya kita hamba-hamba yang hina ini mengambilnya sebagai iktibar.

Apa pula pendapat anda?

Ulasan