Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel berita

Ayat Al-Quran Ghaib | Petanda kiamat?

Imej
Hari ini Belalang terbaca satu berita tentang ayat Al-Quran ghaib yang berlaku di Masjid Hijau, Kampung Kedah, Parit Buntar. Perkara ganjil yang berlaku ke atas naib kadi Pejabat Agama Islam Parit Buntar, Mohamad Khori Junus segera menarik perhatian umat Islam di negara ini. Klik tajuk disebelah untuk membaca penuh berita ini -->> Terkejut ayat al-Quran ‘ghaib’ Kerana hal seperti ini jarang-jarang berlaku, maka mulalah masing-masing memberikan pendapat. Ada yang berpendapat ini salah satu daripada tanda-tanda akhir zaman kerana di akhri zaman nanti semua kitab-kitab yang pernah diturunkan akan diangkat kembali oleh Allah. Ada juga yang mengatakan hal ini berlaku kerana dakwat yang dicetak telah pudar dan tiada apa-apa yang ganjil perlu dirisaukan Dalam pengcarian Belalang diinternet, kes sebegini pernah berlaku di Sekolah Agama Maahad Saniah, Pasir Puteh Kelantan sekitar tahun 2014. Klik tajuk disebelah untuk membaca penuh berita ini -->> Ayat Al-Quran ...

Raja Nur Nazwa Ariana | Maut Terjatuh Dalam Lubang Kumbahan

Imej
Kelmarin ketika baru pulang dari tempat kerja, sedang santai-santai dihadapan TV mendengar berita, Geleng kepala Belalang bila dengar laporan tentang pelajar sekolah berusia 7 tahun maut terjatuh dalam lubang kumbahan . Pagi ini bila ada yang mengirimkan gambar-gambar kejadian dan wajah mangsa melalui aplikasi, terasa sayunya hati ini. Murid tahun satu itu, Raja Nur Nazwa Ariana . Sedap nama dan comel orangnya. Dikatakan pelajar Sekolah Rendah Agama Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai itu sedang bermain bersama rakan-rakannya sebelum terjatuh kedalam lubang kumbahan tersebut. Anda boleh membaca berita penuh tentang tragedi menyayat hati tersebut di sini (klik) dan sini (klik) . Sebegai umat Islam pastinya kita berpegang kepada qada dan qadar yang perkara yang telah ditetapkanNya berlaku tetap akan berlaku. Cumanya jika diambil kira dari segi faktor keselamatan, pastinya akan ada yang mempersoalkan tentang ini. Tidak ditutupkan lubang tersebut? Apakah pihak sekola...