Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Agama

Petua Untuk Anak Tak Mahu Tidur Malam

Imej
Sekitar tahun 2012, Belalang pernah menulis satu entry bertajuk Anak Tak Mahu Tidur Malam | Apa Sebabnya? Disebabkan dengan penulisan itu, sehingga ke hari ini Belalang selalu menerima mesej di Facebook bertanyakan alamat ustaz yang mengubati anak sukar tidur malam . Ini la budak yang kecik-kecik dulu susah tidur malam. Sekarang dah besar :) Rupa-rupanya ramai dikalangan ibu bapa yang menghadapi masalah anak tak dapat tidur malam sama seperti Belalang hadapi. Kepada yang bertanyakan tentang ustaz tersebut, Belalang minta maaf sangat-sangat kerana tidak memberikan apa-apa jawapan. Ustaz yang mengubati anak Belalang, selepas segalanya selesai, Belalang tak tahu ke mana dia pindah. Minta maaf sangat-sangat. Tetapi ada satu petua yang pernah dikongsikan oleh ustaz tersebut kepada Belalang. Bukan petua tetapi ia lebih kepada amalan yang perlu dibuat jika anak anda terutama bayi yang masih kecil menangis tanpa henti diwaktu malam. Caranya adalah dengan azankan ke teling...

Ayat Al-Quran Ghaib | Petanda kiamat?

Imej
Hari ini Belalang terbaca satu berita tentang ayat Al-Quran ghaib yang berlaku di Masjid Hijau, Kampung Kedah, Parit Buntar. Perkara ganjil yang berlaku ke atas naib kadi Pejabat Agama Islam Parit Buntar, Mohamad Khori Junus segera menarik perhatian umat Islam di negara ini. Klik tajuk disebelah untuk membaca penuh berita ini -->> Terkejut ayat al-Quran ‘ghaib’ Kerana hal seperti ini jarang-jarang berlaku, maka mulalah masing-masing memberikan pendapat. Ada yang berpendapat ini salah satu daripada tanda-tanda akhir zaman kerana di akhri zaman nanti semua kitab-kitab yang pernah diturunkan akan diangkat kembali oleh Allah. Ada juga yang mengatakan hal ini berlaku kerana dakwat yang dicetak telah pudar dan tiada apa-apa yang ganjil perlu dirisaukan Dalam pengcarian Belalang diinternet, kes sebegini pernah berlaku di Sekolah Agama Maahad Saniah, Pasir Puteh Kelantan sekitar tahun 2014. Klik tajuk disebelah untuk membaca penuh berita ini -->> Ayat Al-Quran ...

Raja Nur Nazwa Ariana | Maut Terjatuh Dalam Lubang Kumbahan

Imej
Kelmarin ketika baru pulang dari tempat kerja, sedang santai-santai dihadapan TV mendengar berita, Geleng kepala Belalang bila dengar laporan tentang pelajar sekolah berusia 7 tahun maut terjatuh dalam lubang kumbahan . Pagi ini bila ada yang mengirimkan gambar-gambar kejadian dan wajah mangsa melalui aplikasi, terasa sayunya hati ini. Murid tahun satu itu, Raja Nur Nazwa Ariana . Sedap nama dan comel orangnya. Dikatakan pelajar Sekolah Rendah Agama Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai itu sedang bermain bersama rakan-rakannya sebelum terjatuh kedalam lubang kumbahan tersebut. Anda boleh membaca berita penuh tentang tragedi menyayat hati tersebut di sini (klik) dan sini (klik) . Sebegai umat Islam pastinya kita berpegang kepada qada dan qadar yang perkara yang telah ditetapkanNya berlaku tetap akan berlaku. Cumanya jika diambil kira dari segi faktor keselamatan, pastinya akan ada yang mempersoalkan tentang ini. Tidak ditutupkan lubang tersebut? Apakah pihak sekola...