Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hi-tech kulim

Lando Zawawi | Brotherhood Utara | PBT Hi-Tech Kulim Kena Libas?

Imej
Baru-baru ni (dalam minggu sudah) ketika melalui jalan bersebelahan Masjid Kulim , Belalang terperasan di atas jalan yang Belalang lalui ada tanda (marking) BROTERHOOD UTARA . Rupanya geng-geng Brotherhood dan Lando Zawawi sudah sampai ke Kulim, Kedah . Bagi yang belum mengenali, Lando Zawawi adalah seorang pelakon dan artis di tanah air kita. Lando bersama rakan-rakannya telah membentuk sekumpulan yang digelar sebagai Brotherhood. Kumpulan ini secara sukarela menanda dan menampal jalanraya yang berlubang dan tidak diselenggara dengan baik oleh pihak-pihak berwajib, sebagai amaran kepada pengguna jalanraya yang lain terutama penunggang motosikal agar berhati-hati melalui kawasan tersebut. Teguran yang diberikan oleh mereka kepada pihak-pihak yang terlibat sememangnya sinis dan membuatkan mereka yang terlibat panas 'bontot' dan tak senang duduk dibuatnya. Berbalik kepada aktiviti kumpulan ini di Kulim. Menerusi fanpage rasmi Lando Zawawi Vrus di Facebook, Lan...