Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kad

Kad Debit Ambank Rosak | RM12 Tukar Kad Baru

Imej
Baru 3 bulan Belalang memegang kad debit Ambank Malaysia , dah pun rosak dan terpaksa diganti dengan kad yang baru. Bermula pada hari Jumaat yang lalu dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja, Belalang singgah ke Affin bank untuk keluarkan duit. Masuk nombor akaun, ok. Bila tekan cek baki, terus kad tendang keluar beserta slip. Tak puas hati Belalang cuba sekali lagi. Kali ni masukkan jumlah pengeluaran terus. Pun Berlaku hal yang sama. Kerana terfikir yang sistem antara bank (MEPS) ada masalah, Belalang terus pula ke cawangan Ambank Kulim . Hal yang sama juga berlaku. Sudahlah hari Sabtu dan Ahad bank tak buka. Terpaksalah tunggu hingga hari Isnin. Pagi Isnin Belalang terus ke cawangan Ambank Sungai Dua untuk tukar kad. sebelum jumpa pegawai, sekali lagi Belalang cuba dahulu kad tersebut. Sah, memang rosak. Pegawai perhubungan pelanggan yang bertugas bagi tahu yang kad ok, cuma sistem mereka yang bermasalah. Dia minta Belalang cuba lagi pada sebelah petan...