Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2016

Aiskrim Sumi | Aiskrim Jelly | Mudah Disediakan

Imej
viral betul aiskrim sumi/aiskrim jelly baru-baru ini di Facebook. Habis semua suri-suri rumah mahu share resepi atau cara buat aiskrim sumi/aiskrim jelly . Salah seorang yang terkena tempias aiskrim sumi/aiskrim jelly , Mrs.Belalang sendiri. Dia pun kelmarin dah cuba buat beberapa batang aiskrim sumi/aiskrim jelly bukan untuk dijual tetapi untuk kami sekeluarga nikmati. Mrs.Belalang buat lebih dan sedekahkan kepada kakak-kakak Belalang yang tinggal berhampiran Kulim. Jika dilihat pada cara membuatnya sememangnta mudah. Seperti juga membuat aiskrim Malaysia yang lain. Bezanya kali ini dimasukkan sumi atau jelly menjadikan aiskrim sumi/aiskrim jelly nampak menarik. Mrs.Belalang potong jelly memanjang kepada beberapa bahagian, dicampur dengan air susu. Lepas tu masukkan dalam plastik aiskrim Malaysia dan dah pun siap! Anak-anak Belalang suka sangat dengan rasa aiskrim ni. Belalang pun cuba rasa sebatang. Memang sedap! patut pun begitu viral. Kepada yang belum rasa dan

Resepi Ayam Goreng KFC Homemade Dari Oh!Media

Imej
Nampak macam sedap pula resepi ayam goreng KFC homemade yang dikongsikan oleh Oh!Media Network di Facebook rasmi mereka. dalam zaman-zaman seba-serbi mahal daripada bawa anak-anak makan di restoran KFC, ada baiknya buat sendiri di rumah. Dapat jimat banyak belanja berbanding makan makanan segera tersebut. Tetapi jika sekali-sekala nak gembirakan anak-anak bawa makan di sana, rasanya tak salah. Betul tak? :) Ok jom kita tengok macam mana nak buat ayam goreng KFC homemade ni... Bahan-bahan Ayam Goreng KFC Homemade (untuk 10 ketul ayam) 2 sudu serbuk cili atau chilli flakes 10 ulas bawang putih ditumbuk 1 sudu lada hitam 1 sudu lada sulah 1 sudu serbuk secukup rasa 2 sudu kecil garam 1 sudu kecil soda bikarbonate 2 sudu sebuk kari ikan **kari ayam abis.bantai kari ikan pun ok 1 sùdu cuka ( utk ayam juicy di dalam rangup di luar) gaul rata bahan perap - perap 30 minit - Sebelum goreng pecahkan 2 biji telur  ayam dan gaul sebati tepung goreng : 2 cawan tep

Kad Debit Ambank Rosak | RM12 Tukar Kad Baru

Imej
Baru 3 bulan Belalang memegang kad debit Ambank Malaysia , dah pun rosak dan terpaksa diganti dengan kad yang baru. Bermula pada hari Jumaat yang lalu dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja, Belalang singgah ke Affin bank untuk keluarkan duit. Masuk nombor akaun, ok. Bila tekan cek baki, terus kad tendang keluar beserta slip. Tak puas hati Belalang cuba sekali lagi. Kali ni masukkan jumlah pengeluaran terus. Pun Berlaku hal yang sama. Kerana terfikir yang sistem antara bank (MEPS) ada masalah, Belalang terus pula ke cawangan Ambank Kulim . Hal yang sama juga berlaku. Sudahlah hari Sabtu dan Ahad bank tak buka. Terpaksalah tunggu hingga hari Isnin. Pagi Isnin Belalang terus ke cawangan Ambank Sungai Dua untuk tukar kad. sebelum jumpa pegawai, sekali lagi Belalang cuba dahulu kad tersebut. Sah, memang rosak. Pegawai perhubungan pelanggan yang bertugas bagi tahu yang kad ok, cuma sistem mereka yang bermasalah. Dia minta Belalang cuba lagi pada sebelah petan

Dataran Raudhah i-City Kulim | Aktiviti Malam Di Kulim

Imej
Dataran Raudhah atau dipanggil juga sebagai i-City Kulim oleh orang-orang tempatan, menjadi tempat untuk bersantai kepada keluarga dan juga remaja sekitar sini diwaktu petang dan malam. Dataran ini terletak berhadapan dengan bangunan Majlis Perbandaran Kulim (MPK) yang baru di Jalan Pondok Labu, Bandar Putra. Tempat ini juga bersebelahan dengan Dewan Putra Kulim . Mendapat jolokan sebagai 'i-City Kulim' kerana taman ini mempunyai lampu-lampu perhiasan perlbagai bentuk yang kelihatan ala-ala i-City yang sebenar walaupun tak sepenuhnya seperti taman gah tersebut. Belalang sempat singgah ke dataran ini semalam setelah agak lama tak datang membawa anak-anak bermain disini. Apa yang dapat Belalang lihat, Taman ini telah siap sepenuhnya dan para pengunjung juga melakukan pelbagai aktiviti di dataran ini. Antara yang terdapat disini adalah taman permainan kanak-kanak, kiosk makanan ringan, giant bubble, roller skate dan berbasikal untuk kanak-kanak. Keadaan datar

Chicken Chop Homemade Oleh Mrs.Belalang

Imej
Dah lama tak makan chicken chop tetapi semalam hajat nak rasa makanan barat tu tercapai juga apabila Mrs.Belalang buatkan chicken chop homemade khas untuk Belalang. Mrs.Belalang selalu juga buatkan chicken chop kepada Belalang sebelum ni. Tetapi sejak dapat baby baru (dah 5 bulan usianya) memang dah jarang dia manjakan Belalang begini. Sengaja tomato dilebihkan sebab Mrs.Belalang memang tahu Belalang suka sangat makan tomato. Kuah black papper juga dikurangkan mengikut citarasa Belalang. Satu yang kurang adalah roti dicelup tepung rangup. Biasanya Mrs.Belalang akan letak sekali bersama chicken chop. Tapi semalam mungkin kerana tiada roti di rumah. Rasanya kuahnya sedikit masin. Manakala coseslaw pula sedikit manis. terlajak gula katanya. Tapi keseluruhannya sedap hingga menjilat pinggan. Untuk resepinya pula, minta maaflah kerana tak dapat nak kongsikan. Belalang hanya tahu melahap, Mrs.Belalang yang sediakan... Ngee Tapi Kalau ada yang mahu, nanti Belalang minta pad

Spesifikasi Smartphone Yang Perlu Diberikan Perhatian Sebelum Membeli

Imej
Sebelum ini Belalang ada menulis satu entry '5 Smartphone 2GB RAM Yang Murah' . Anda boleh klik pada tajuk tersebut untuk membacanya. Sebenarnya sampai ke hari ini Belalang masih belum putuskan untuk membeli telefon bimbit yang bagaimana. Gambar Carian Google Memang pada permulaannya Belalang tak begitu kisah tentang spesifikasi smartphone yang Belalang cari. Bagi Belalang cukup hanya 2GB RAM, lain-lain Belalang boleh pertimbangkan lagi. Tetapi bila terlalu banyak membaca dan mengkaji, mulalah timbul perasaan cerewet dalam diri. Yelah, bukannya nak pakai telefon tu sehari dua. Belalang bukan orang senang yang tukar gadget macam tukar baju. Huhuhu Antara spesifikasi lain yang kini menjadi pertimbangan Belalang selain daripada RAM adalah saiz bateri dan kamera . Belalang perasan kebanyakkan telefon yang ada dalam pasaran hari ini, ia akan kurangkan spesifikasi salah satu daripada tiga benda tersebut. Contoh jika RAM dan cukup power, mungkin saiz bateri sedi

BR1M 2016 Masih Belum Terima | Bayaran Kelomopk Kedua

Imej
BR1M 2016 masih belum terima? samalah seperti Belalang. Buat semakan di website rasmi  BR1M katanya lulus tapi bayaran belum diterima. Print screen diatas adalah status BR1M 2016 Belalang seperti yang terpapar pada website rasmi BR1M 2016 . Perasan tak pada ruangan kelompok yang tertulis dua? Rupanya ada kategori kelompak bayaran yang telah ditetapkan dan Belalang tergolong dalam kelompok kedua yang akan menerima bayaran pertama BR1M 2016. Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini! Untuk kelompok kedua, bayaran BR1M 2016 akan mula dimasukkan ke akaun bank sekitar 28 Februari 2016 . sehingga entry ini ditulis, Belalang masih belum buat semakan lebih lanjut di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) . Belalang akan tunggu hingga tarikh hingga tarikh yang dijanjikan. Jika tiada juga bayaran, barulah Belalang hubungi LHDN Kulim . Semoga info ini bermanfaat untuk anda. Terima kasih kerana membaca

Lando Zawawi | Brotherhood Utara | PBT Hi-Tech Kulim Kena Libas?

Imej
Baru-baru ni (dalam minggu sudah) ketika melalui jalan bersebelahan Masjid Kulim , Belalang terperasan di atas jalan yang Belalang lalui ada tanda (marking) BROTERHOOD UTARA . Rupanya geng-geng Brotherhood dan Lando Zawawi sudah sampai ke Kulim, Kedah . Bagi yang belum mengenali, Lando Zawawi adalah seorang pelakon dan artis di tanah air kita. Lando bersama rakan-rakannya telah membentuk sekumpulan yang digelar sebagai Brotherhood. Kumpulan ini secara sukarela menanda dan menampal jalanraya yang berlubang dan tidak diselenggara dengan baik oleh pihak-pihak berwajib, sebagai amaran kepada pengguna jalanraya yang lain terutama penunggang motosikal agar berhati-hati melalui kawasan tersebut. Teguran yang diberikan oleh mereka kepada pihak-pihak yang terlibat sememangnya sinis dan membuatkan mereka yang terlibat panas 'bontot' dan tak senang duduk dibuatnya. Berbalik kepada aktiviti kumpulan ini di Kulim. Menerusi fanpage rasmi Lando Zawawi Vrus di Facebook, Lan

5 Smartphone 2GB RAM Yang Murah

Imej
Sedang mencari 'smartphone' 2gb RAM yang murah ? Belalang juga sedang mencari sebuah telefon baru. sebelum ini Belalang gunakan Lenovo tab A3000. Dalam mencari-cari telefon yang memiliki RAM 2gb dengan harga yang berpatutan, Belalang ada memuat naik satu status di Facebook bertanya pendapat kawan-kawan. Tak sangka pula ramai juga yang membantu memberikan pendapat. Mudahlah sedikit untuk Belalang membuat pilihan. Berikut adalah 5 Telefon Bimbit smartphone 2gb RAM harga murah yang telah dicadangkan oleh kawan-kawan Facebook. 1) Lenovo Vibe P1M (RM599) Memandangkan Belalang pernah menggunakan peranti dari jenama ini, jadi sedikit sebanyak Belalang sudah tahu tentang jenama Lenovo yang memang boleh dimiliki. Keseluruhannya spesifikasi model Vibe ini agak memuaskan hati dengan kapasiti bateri 4000 MaH. pasti tahan lama punya. Untuk mengetahui spesifikasi lengkap, klik sini (klik) . 2) OPPO Joy 3 (RM398) OPPO Joy 3 ini sebenarnya hanya memiliki 1gb RAM da

Video Tarian Singa dalam Pejabat

Imej
Negara kita baru sahaja meraikan tahun baru cina bagi tahun 2016 ini. Rata-rata yang bekerja sudah mula menyambung rutin harian mereka setelah bercuti agak panjang bermula Sabtu yang lalu hingga ke hari Selasa. Belalang juga baru memulakan tugas kembali pada hari ini. dalam pejabat ni staff yang bekerja boleh dibilang dengan jari. Gambar Carian Googlr Rata-rata pekerja berbangsa cina masih menyambung cuti. Sebentar tadi Pejabat Belalang telah menjemput paenari tarian singa untuk mempersembahkan tarian tersebut di dalam pejabat ini. Masyarakat cina percaya yang tarian ini dipersembahkan untuk membuang semangat jahat dan meminta tuah. Belalang sempat merakam sedikit aksi tarian singa ini untuk disimpan sebagai kenangan. Belalang upload di blog ini untuk simpanan dan juga sebagai tatapan untuk pengunjung blog ini. Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang tarian singa, sila klik sini (klik) Terima kasih kerana membaca

Misteri Jalan Bukit Lengkok | Kulim- Bukit Mertajam

Imej
Bagi yang tinggal di Kulim, Bukit Mertajam dan sekitar sini pasti tidak asing lagi dengan nama jalan Bukit Lengkok . Jalan diantara Sungai Lembu dan Mengkuang ini mendapat nama tersebut disebabkan jalannya yang berbengkang-bengkok, sama seperti jalan lama untuk menaiki ke Cameron Highland. Gambar Hiasan. Carian Google Jalan ini menjadi laluan alternatif penduduk setempat selain dari jalan utama Kulim-Bukit Mertajam . Laluan ini juga sering digunakan oleh orang ramai untuk beriadah ke Empangan Mengkuang (Mengkuang Dam), Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Berapit, Permatang Pauh dan Sungai Dua Butterworth selain daripada melalui Butterworth-Kulim ExpressWay (BKE) . selain daripada tidak begitu sesak, jalan ini menjadi pilihan kepada mereka yang sering kali ingin mengelak daripada sekatan jalan raya (road block) daripada anggota polis akibat cukai jalan tamat tempoh (expired road tax) dan lain-lain kesalahan jalan raya. Laluan ini adalah jalan yang sering diguna

Raja Nur Nazwa Ariana | Maut Terjatuh Dalam Lubang Kumbahan

Imej
Kelmarin ketika baru pulang dari tempat kerja, sedang santai-santai dihadapan TV mendengar berita, Geleng kepala Belalang bila dengar laporan tentang pelajar sekolah berusia 7 tahun maut terjatuh dalam lubang kumbahan . Pagi ini bila ada yang mengirimkan gambar-gambar kejadian dan wajah mangsa melalui aplikasi, terasa sayunya hati ini. Murid tahun satu itu, Raja Nur Nazwa Ariana . Sedap nama dan comel orangnya. Dikatakan pelajar Sekolah Rendah Agama Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai itu sedang bermain bersama rakan-rakannya sebelum terjatuh kedalam lubang kumbahan tersebut. Anda boleh membaca berita penuh tentang tragedi menyayat hati tersebut di sini (klik) dan sini (klik) . Sebegai umat Islam pastinya kita berpegang kepada qada dan qadar yang perkara yang telah ditetapkanNya berlaku tetap akan berlaku. Cumanya jika diambil kira dari segi faktor keselamatan, pastinya akan ada yang mempersoalkan tentang ini. Tidak ditutupkan lubang tersebut? Apakah pihak sekola

Berkelah Di Taman Rimba Telok Bahang Menyeronokkan

Imej
Kelmarin Belalang sekeluarga berkelah di Taman Rimba Telok Bahang, Pulau Pinang . Rancangan yang dibuat secara spontan saja oleh Mrs.Belalang. Kebetulan dua adik ipar Belalang ada di rumah. Jadi kiranya macam bawa mereka jalan-jalan la juga. Taman Rimba Telok Bahang Kami bertolak dari rumah di Kulim agak lewat, sekitar pukul 3 petang. Ini kerana hari Ahad adalah hari persekolahan biasa bagi negeri Kedah. Nak tak nak kena tunggu Belalang Jr. yang dah darjah satu pulang dahulu. Perjalanan yang biasanya memakan masa sekitar 1 jam sahaja dari Kulim, tetapi kelmarin berlanjutan hingga 2 jam baru kami tiba ke sana (kira-kira 5 petang baru sampai). Hal ini berlaku kerana kebanyakkan masyarakat cina di negeri ini keluar membeli persiapan bagi menyambut tahun baru cina yang akan tiba kurang daripada 1 minggu. Sesudah mengambil tempat dan siap menghidangkan makanan yang telah siap-siap dimasak oleh Mrs.Belalang di rumah terlebih dahulu, Kami pun mengisi perut terlebih dahulu sebel