Rabu, 11 Mac 2015

Pengalaman Baik Dan Buruk Bisnes Burger

Sekitar tahun 2000 Belalang pernah mempunyai sebuah gerai burger. Sebenarnya itulah pengalaman pertama berharga berkaitan perniagaan yang Belalang perolehi dalam hidup. Kali ini Belalang ingin kongsikan pengalaman baik dan buruk bisnes burger yang pernah Belalang lalui.

Waktu itu Belalang menjalankan bisnes burger secara part time. Apabila pulang dari kolej, Belalang akan terus pergi beli bahan-bahan mentah seperti roti, daging burger dan sayur. Letih juga sebenarnya terpaksa belajar dan berniaga, tetapi ia tetap menyeronokkan kerana berniaga burger bagi Belalang sememangnya enjoy!

pengalaman baik dan buruk bisnes burger
Gambar carian Google

Sewaktu memulakan perniagaan ini, Belalang mengeluarkan modal kira-kira RM500. Gerai burger Belalang dibeli daripada kawan abang. Gerai yang dibeli bukanlah gerai stainless steel, sebaliknya hanya dibuat menggunakan papan lapis dan kain terpal.

Pada hari pertama berniaga, memang sangat kalut kerana Belalang dan kawan-kawan yang membantu sememangnya zero dalam selok-belok perniagaan ini.

Kami belajar sedikit demi sedikit hingga akhirnya Belalang dan kawan-kawan semakin mahir dalam bisnes ini. Bisnes gerai burger Belalang bertahan selama setahun lebih sebelum Belalang tutup kerana kekangan waktu untuk final exam dan tapak Belalang dicuri orang.

Antara kebaikan berniaga burger yang Belalang rasa adalah modal tidak besar. Mungkin pada hari ini kos bahan-bahan mentah untuk hasilkan burger meningkat tetapi Belalang rasa ia masih lagi murah berbanding perniagaan makanan lain.

Keduanya burger sememangnya menjadi kegemaran setiap lapisan masyarakat Malaysia tak kira tua atau muda, cina, melayu dan india semuanya boleh makan dan sangat menggemari makanan ini.

Ketiga, walaupun perniagaan burger dilihat seperti perniagaan kelas rendah tetapi ia sebenarnya memberi pendapatan yang sangat lumayan sekiranya anda pandai memilih lokasi, dan burger anda disukai oleh orang ramai. Burger Belalang dahulu mempunyai pelanggan tetap hingga 20 minit sebelum dia datang, dia akan telefon untuk membuat pesanan.


Tetapi berniaga burger juga mempunyai keburukannya. Salah satunya ialah terlalu ramai yang menjalankan bisnes ini. Belalang lihat pada hari ini jika di sebelah jalan sini ada gerai burger, bertentang dengan gerai buger tu pun akan ada satu lagi gerai burger. Malah disekitar tempat Belalang ada gerai burger yang berniaga sebelah-sebelah sahaja.

Kedua, perniagaan burger biasanya tidak dapat dijalankan apabila cuaca hujan atau ribut. Belalang pernah alami dimana ketika sedang berniaga hujan turun dengan lebatnya diikuti angin kuat hingga bumbung gerai burger hampir melayang. Dan pada malam ini sales jatuh dengan teruknya. Modal barang dah keluar, tetapi tak dapat berniaga.

Ketiga, seperti Belalang katakan tadi iainya berkaitan dengan lokasi dan rasa burger anda. Sekiranya lokasi yang anda pilih salah dan burger anda dibuat sambil lewa, pelanggan anda akan beralih ke gerai burger yang lain kerana seperti yang Belalang nyatakan sebelum ini gerai burger begitu mudah dijumpai dimana-mana sahaja!

Itulah antara cebisan pengalaman baik dan buruk berniaga burger yang dapat Belalang kongsikan. Jika anda sedang mempertimbangkan untuk memulakan perniagaan ini, harapnya penulisan dari Belalang membantu anda membuat pertimbangan.

Sekiranya anda nak lagi tips-tips memulakan perniagaan burger secara percuma, Belalang cadangkan anda lawat ke minisite ini -->> Bisnes Burger Preview (klik sini)

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!

Terima kasih kerana membaca

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Artikel Menarik