Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel gerai

Pengalaman Baik Dan Buruk Bisnes Burger

Imej
Sekitar tahun 2000 Belalang pernah mempunyai sebuah gerai burger. Sebenarnya itulah pengalaman pertama berharga berkaitan perniagaan yang Belalang perolehi dalam hidup. Kali ini Belalang ingin kongsikan pengalaman baik dan buruk bisnes burger yang pernah Belalang lalui. Waktu itu Belalang menjalankan bisnes burger secara part time. Apabila pulang dari kolej, Belalang akan terus pergi beli bahan-bahan mentah seperti roti, daging burger dan sayur. Letih juga sebenarnya terpaksa belajar dan berniaga, tetapi ia tetap menyeronokkan kerana berniaga burger bagi Belalang sememangnya enjoy! Gambar carian Google Sewaktu memulakan perniagaan ini, Belalang mengeluarkan modal kira-kira RM500. Gerai burger Belalang dibeli daripada kawan abang. Gerai yang dibeli bukanlah gerai stainless steel, sebaliknya hanya dibuat menggunakan papan lapis dan kain terpal. Pada hari pertama berniaga, memang sangat kalut kerana Belalang dan kawan-kawan yang membantu sememangnya zero dalam selok-be...