Selasa, 1 Januari 2013

Cukup Setahun | Cukup 100 | Cukup Banyak Gambar!

1 Jan 2013, genap setahun usia blog Encik Bell ini. Cepat wish happy birthday kepada blog kacak ini. Kalau rajin pergi beli hadiah berupa kereta hibrid seketul untuk blog ini.

Selain daripada setahun usia blog ini, entry yang sedang anda baca ini adalah entry ke-100 yang Belalang tulis. Tak sangka betul, dalam malas-malas dan tiada idea dapat juga kongsikan 100 cerita dalam blog ini. Entah apa yang Belalang bebel pun Belalang tak tau.

Ingat lagi tak dengan entry Belalang tentang Hari-hari Akhir Pesta Pulau Pinang? Sebenarnya selepas publish entry itu, Mrs.Belalang telah mengajak Belalang untuk pergi sekali lagi ke Pesta. Belalang yang sememangnya takut sayang bini, turutkan sahaja permintaan Mrs.Belalang itu.

Seperti yang dijangka, orang akan berpusu-pusu untuk ke pesta bagi kali terakhir untuk tahun 2012. Sebelum masuk jambatan Pulau Pinang lagi dah start jem. Keluar waktu cuaca cerah lagi, sampai tapak pesta time tiada lagi cahaya matahari :)

Belalang kongsikan gambar-gambar sahaja untuk anda nikmati boleh? Tapi sebelum itu nak minta maaf siap-siap sebab gambar semuanya kurang jelas. Tangkap guna telefon cap ayam ja. Jadi kualiti pun cap ayam jugalah jadinya... Ngee...


 Nak bayar tol naik jambatan. Jem!

 Dekat-dekat nak sampai tapak pesta. Jem! Jem!

Dah sampai parking penuh. Jem Lagi!!

 Manusia maha ramai!


 
 Hari tu datang tak perasan pula taman lampu-lampu ni



 Budak-budak main kapal air. Belalang Jr. punya menangis nak naik juga


 Area-area kedai karpet yang dikatakan murah

Karpet belah kiri tu RM70. Yang sebelah lagi RM90. Murah atau biasa-biasa sahaja?

Sebelum tu Belalang sempat la layan Najwa Latif yang menghiburkan pengunjung pada malam itu. Tak sempat pula nak rakam gambar dia. Waktu tu baby tengah buat perangai.

Mrs.Belalang nak beli karpet pada mulanya, tapi lepas tu tak jadi sebab katanya tak lah murah sangat macam yang disebut-sebut orang tu. Kami hanya Beli satu tikar kecil yang bawah dia aluminium tu untuk baby menirap, harga RM20.

Kepada yang teringin nak rasa sendiri suasana dan kemeriahan pesta Pulau Pinang, hujung tahun ni ada lagi. Jadi mungkin boleh buat perancangan untuk datang sini?

Terima kasih kerana membaca...

9 ulasan:

  1. Seronoknya dapat bercuti g jalan2..koz ni dh setahun x kemana2..hihi

    BalasPadam
  2. selamat ulang tahun ye blog belalang :)

    BalasPadam
  3. Selamat Ulang Tahun :D . Hmm, sedihnya, tahun ni tak dapat gi pesta penang.

    BalasPadam
  4. Dulu masa duk penang selaluvoergi..
    Haou birthday utk blog kacak..hihihihu

    BalasPadam
  5. `selamat tahun baru 2013`..hepi blogging..;) wah2x..wah cute jr.sukanya berposing kat pesta..ehem tunggu belalang upload pic.kat PD !!..ha2x..bila nak upload ni?..

    BalasPadam
  6. wahhhh carpet... heheheh shopping jangan tak shopping...

    tahniah ya blog dah setahun rupanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab jem yang malas nak pi tu..

      Padam
  7. wuah! bestnye jenjln..pergh! tahniah jgk bro yew..entri ke 100 n stahun da blog ni...baby bape tahun da?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Artikel Menarik