Review Santai | Brave

Ya, sekali lagi Belalang nak review filem. Kali ni nak kongsi keseronokkan Belalang menonton filem Animasi Brave dari Walt Disney Pictures. Dan seperti biasa Belalang tonton di Astro First.

Belalang memang suka tonton filem atau kartun animasi.Suka lihat grafik-garfik yang dibangunkan oleh pakar-pakar 3D ini. Dan grafik untuk animasi ini tersangatlah awesome!


Belalang tonton filem ni dengan Belalang Jr. sampai pukul 5 pagi! dua-dua beranak tak tidur. Sanggup tunggu sampai habis. Jadi kerja betul kami ni... Hahaha...

Filem ni menceritakan tentang Merida iaitu seorang puteri Raja Scotland, Raja Fergus dan Ratu Elinor dari kerabat DunBroch. Sifat Merida ditonjolkan sebagai seorang yang lasak dan pandai memanah.

Nak dijadikan cerita suatu hari Bonda Merida memberi tahu yang Merida perlu memilih untuk berkahwin dengan putera sulung dari tiga kerabat yang juga sekutu Ayahdanya.

Merida tak mahu tapi Bondanya tetap memaksa kerana jika perkahwinan dengan salah seorang putera kerabat yang lain itu dibatalkan, besar kemungkinan peperangan akan meletus.

Adik Merida si kembar tiga yang nakal

Selepas satu pertengkaran yang hebat dengan Bondanya, Merida yang merajuk telah menunggang kudanya menuju ke arah hutan. Sampai satu kawasan Merida telah bertemu dengan nenek kebayan dan terus miminta supaya Bondanya 'bertukar' dan tidak kahwinkan dia.

Nenek kebayan yang salah faham telah memberi satu kek yang telah dijampi, supaya Merida boleh beri kepada Bondanya untuk makan. Selepas memakan kek itu sedikit, Bondanya terasa pening dan terus bertukar menjadi beruang!

Merida yang terkejut melihat Bondanya menjadi beruang, berusaha untuk mengmbalikan Bondanya seperti sedia-kala.

Lepas tu....

Pergi kedai VCD, beli cerita ni dan tonton sendiri sampai habis :)

Bagi Belalang, cerita ni memang best dan lucu. Kalau tonton dengan anak lagi best... hehehe

Terima kasih kerana membaca...

Ulasan

  1. dah tngok ceta ni...n sememangnya best bro..banyak pengajaran yang kta bule lihat terutamanya dalam aspek kekeluargaan~

    BalasPadam
  2. ciktom dh tgk..boleh tahanlah 3/5..hee

    BalasPadam
  3. nak bagi maisara tengok la..nak donlod je...ahhaha

    BalasPadam
  4. movie hobbit pun tak layan lagi.. hu hu hu

    BalasPadam
  5. untunglah... rumah orang tu ada astro. rumah kita ni tengok channerl indon dan singpore je..

    BalasPadam

Catat Ulasan