Review Santai | Brave
Ya, sekali lagi Belalang nak review filem. Kali ni nak kongsi keseronokkan Belalang menonton filem Animasi Brave dari Walt Disney Pictures. Dan seperti biasa Belalang tonton di Astro First. Belalang memang suka tonton filem atau kartun animasi.Suka lihat grafik-garfik yang dibangunkan oleh pakar-pakar 3D ini. Dan grafik untuk animasi ini tersangatlah awesome! Belalang tonton filem ni dengan Belalang Jr. sampai pukul 5 pagi! dua-dua beranak tak tidur. Sanggup tunggu sampai habis. Jadi kerja betul kami ni... Hahaha... Filem ni menceritakan tentang Merida iaitu seorang puteri Raja Scotland, Raja Fergus dan Ratu Elinor dari kerabat DunBroch. Sifat Merida ditonjolkan sebagai seorang yang lasak dan pandai memanah. Nak dijadikan cerita suatu hari Bonda Merida memberi tahu yang Merida perlu memilih untuk berkahwin dengan putera sulung dari tiga kerabat yang juga sekutu Ayahdanya. Merida tak mahu tapi Bondanya tetap memaksa kerana jika perkahwinan dengan salah seorang putera keraba...