Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel adik Belalang Jr.

Berjaya Berpuasa Penuh!

Imej
Sebelum ini Belalang ada kongsikan tentang Belalang Jr. yang belajar untuk berpuasa pada hari pertama puasa. Sebenarnya puasa pada hari pertama Belalang Jr. hanya bertahan hingga pukul 3 petang. Lepas tu dia dah tak tahan bila adiknya dia datang makan di depan dia. Dugaan betul tu. Hahaha... Tetapi Belalang tak berikan sebarang tekanan kepada Belalang Jr. Sebaliknya Belalang berikan kata-kata pujian seperti bangga dengan semangat dia dan sebagainya. Hasilnya, kelmarin untuk hari kedua berpuasa Belalang Jr. dah berjaya menahan dirinya dari hingga tiba waktu berbuka! Terkejut juga Belalang waktu baru sampai ke rumah lepas balik kerja dan diberi tahu oleh Mrs.Belalang. Bangga juga rasa dihati dengan semangat yang ditunjukkan oleh Belalang Jr. Untuk meraikan kejayaan dia berpuasa penuh dan juga menyambut harijadi Mrs.Belalang yang juga jatuh pada hari kelmarin, Belalang sekeluarga berbuka puasa di sebuah kedai nasi arab dalam kawasan Kulim juga. Hari ini Belalang Jr. ...

Dah Lulus Menirap!

Imej
Fuh! penat betul mengasuh budak kecil ni sejak dua menjak ni. Al-maklumlah orang baru pandai menirap dan dah pandai kedepan, agak kita terlupa sikit dekat dia, tengok-tengok dah jauh dari kita. Pula tu tangan cepat betul nak capai benda. Ni satu lagi hal, baru-baru ni Belalang dan Mrs.Belalang perasan bahagian bawah gusi baby dah nak tumbuh gigi. Wah, lima bulan dan start tumbuh gigi? Patut la kerja nak gigit benda aja. Yang part last ni paling tension. Entah apa kena tak tahu, sejak akhir-akhir ini baby kurang minum susu. Tak seperti selalu. Kadang-kadang sayang tengok susu penuh lagi dalam botol tapi dia dah tak nak minum. Tapi Belalang dan Mrs.Belalang tetap pastikan dia makan juga. Agak nampak mood dia ok, pelan-pelan Belalang sumbat botol dalam mulut dia. Kadang-kadang habis juga. Ni baru pandai menirap. Tunggu masa dia boleh merangkak dan berjalan nanti, waktu tu mesti lagi tak menang tangan. Ada sesiapa yang sukarela nak jadi pengasuh tak? Nak bagi jaga ni... huhuhu...

Aku, Blog & Laptop

Imej
Dah macam tajuk cerpen pula tajuk entry ni. Tapi malangnya Belalang bukanlah seorang yang pandai mengolah cerita dengan kata-kata yang memikat seperti blogger Rainbow Cloudy . Tak percaya? sila-sila baca setiap entrynya, nescaya akan terpikat ;) Agak lama Belalang menyepi dari update sebarang kisah di blog ini. Blog SBT Belalang juga dah bersawang semenjak dua menjak ini. Seperti biasa bila dah lama hilang tu, tentulah banyak kisah yang terjadi yang nak dikongsikan. Antaranya ialah hujung bulan sudah, Belalang sekeluarga telah diserang demam dan selsema. Tapi ia bukan berlaku serentak kepada kami sekeluarga. Bermula dengan Belalang yang suhu badan naik mendadak, hingga terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan pada pukul 1 pagi. Selepas itu berselang beberapa hari giliran Belalang Jr. pula dibawa ke bahagian kecemasan berikutan penat atau asmanya yang menjadi. Nasib tak kena tahan wad. Akhir sekali ialah baby baru kami iaitu Belalang Jr.II terpaksa dibawa ke hospital akibat demam...

Anak Tak Mahu Tidur Malam | Apakah Sebabnya?

Imej
Rasanya Belalang masih belum pernah kongsikan di blog ini cerita adik kepada Belalang Jr. betul tak? Untuk mudahkan pembaca bezakan Belalang Jr. dan adiknya, Belalang namakan adik Belalang Jr. dengan Belalang Jr.II ya. :) Alhamdulillah Belalang Jr.II sekarang dah pun berusia dua bulan 15 hari. Sekarang ni dah tak susah menjaganya seperti pada peringkat mula-mula dahulu. Kalau tak silap, Belalang pernah nyatakan sedikit pada entry sebelum-sebelum ini yang Belalang Jr.II ada masalah tak mahu tidur malam. Entry mana satu tak berapa ingat pula. Kalau rajin cari la ya. Jadi Belalang nak ceritakan bagaimana azabnya Belalang dan Mrs.Belalang terpaksa bersengkang mata sampai ke pagi untuk dodoikan si kecil tu. Seperti ada sesuatu yang mengganggu Belalang Jr.II dari tidur. Tak kala dia baru sahaja beberapa minit terpejam mata, kita pun baru sahaja nak rebahkan badan, tiba-tiba ... "Uwaaa!!!!"... Jujur cakap tekanan gila waktu tu. Manakan tidak. sepanjang malam tak boleh t...

Meet The Doktor Pakar

Pagi-pagi lagi belalang dan mrs.belalang dah menunggu di hospital kulim. Mrs.belalang ada janji dengan doktor pakar. Pejam celik, pejam celik, tinggal lagi sebulan untuk kami menyambut ahli keluarga baru. Berdebar-debar juga hati ni. Harap akan dipermudahkan segala hal olehNya. Mrs.belalang dapat nombor 60. Pesakit yang sedang dirawat sekarang baru nombor 27! Aduh, lambat lagi ni. Tapi apa boleh buat. Nak tak nak kena la juga tunggu. Hmmm... Terima kasih kerana membaca...

Akhirnya Mak & Bapa Yang Lebih-lebih

Imej
Kereta Belalang yang sakit masih belum dibaiki. Tetapi dah aturkan bila mahu diketuk dan cat semula. Mungkin esok dan harapnya dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Lupakan seketika mengenai masalah yang melanda baru-baru ini. Hari ini Belalang dan Mrs.Belalang nak riadah rehatkan diri di rumah. Pagi Tadi Belalang temankan Mrs.Belalang ke Klinik untuk pemeriksaan kesihatan kandungan. sekarang ni usia kandungan Mrs.Belalang dah nak masuk 7 bulan dah. Selesai urusan di klinik kesihatan, seperti Belalang tulis di atas tadi kami ke bengkel kereta pula. Dua urusan telah selesai. Kini tiba 1 lagi urusan yang Belum selesai. Sebenarnya sudah beberapa hari Belalang mencari batu-batu sungai. Nak tahu untuk apa? Cuba lihat gambar di bawah ini- - - - - - -   Ingat lagi pada entry Belalang mengenai anak kura-kura milik Belalang Jr. yang kami beli dahulu? Entah apa kena, akhir-akhir ini rasa seronok pula membela dua ekor kura-kura ini. Semuanya berpunca apabila Belalang me...

Lelaki Atau Perempuan?

Hari Isnin yang lalu Mrs.Belalang ke klinik kesihatan Kulim kerana sudah punyai temu janji untuk memeriksa kandungan. Kebiasaannya temu janji di sebelah pagi. Tapi kali ini misi bertugas telah merekodkan supaya datang pukul 2 petang. Sebenarnya bulan ini usia kandungan Mrs.Belalang dah masuk 5 bulan. Pemeriksaan kali ini selain daripada pemeriksaan biasa seperti tekanan darah, berat badan dan lain-lain lagi, kami juga sudah boleh mengatahui jantina baby kami! wah, part ni yang paling menyeronokkan. Belalang tidak bersama-sama menemani Mrs.Belalang di klinik. Ini kerana masih ada kerja yang perlu Belalang siapkan. Jadi selepas hantar Mrs.Belalang ke klinik, Belalang terus ke tempat lain dan hanya tunggu SMS dari Mrs.Belalang. Pukul 4 petang barulah Belalang terima SMS dari Mrs.Belalang yang menyatakan sudah siap semua pemeriksaan. Ketika menaiki kenderaan untuk ke kedai kami, Belalang pun bertanyakanlah keputusan scan jantina baby tadi. "baby perempuan"... Muram sedi...