Rabu, 19 September 2012

Moga Kau Maafkan Kami

Masih ingat pada entry Belalang yang bertajuk 'Lagi Haiwan Peliharaan Terbaru Belalang Jr.'? Entry tentang Belalang membelikan sepasang arnab kepada Belalang Jr.

Semenjak dapat baby baru, Belalang akui agak kurang memberi perhatian kepada arnab-arnab ini. Makan minum mereka pun dah tak terjaga.

Sebenarnya Belalang dan Mrs.Belalang sedang hadapi masalah baby tak mahu tidur malam. Baby hanya lelap dalam 5 ke 10 minit. Selepas itu dia akan terjaga dengan sendirinya dan menangis. Begitulah yang berlaku berulang-ulang kali saban malam hinggalah pukul 7-8 pagi baru dia akan tidur lama sedikit. Terperinci mengenai hal ini akan Belalang ceritakan kemudian.


Dipendekkan cerita, bangun pagi tadi Belalang lihat seekor dari arnab Belalang dah pun mati. Terkejut juga pada mulanya. Kelmarin memang Belalang lihat arnab itu akan lain. Tapi Belalang sangkakan dia mahu beranak. Rupanya lain jadinya.

Walaupun pada mulanya Belalang tak begitu berminat mahu membela arnab-arnab ini, namun lama-kelamaan timbul juga perasaan seronok apabila selalu menjaga mereka. Lebih-lebih lagi apabila lihat mereka seperti sudah mengenali Belalang.

 Lubang yang digali. Tempat kesukaan arnab ini bermain ketika Belalang lepaskan dari sangkar.

Belalang Jr. yang masih tak faham kenapa Belalang nak tanam arnab dia

Rasa bersalah juga di hati ini. Mungkinkah kematiannya kerana Belalang mengabaikan makan minum mereka? Harapnya bukanlah begitu. Mungkin mereka dah cukup dewasa dan telah sampai masanya.
Damailah di sana

Siap menanam

Tinggallah pasangannya 'seorang' diri

Harapnya arnab ini akan lebih tenang dan aman di sana. Dan semoga dia maafkan Belalang sekeluarga sekiranya kami tidak menjaganya dengan sempurna.

Sekian terima kasih...

5 ulasan:

  1. assalam belalang..hu2x..mungkin dah tiba masa dia utk pergi !!..kesian mama tgk muka jr yg keliru..dan juga arnab yg tinggal seorg diri tu.. :(

    ** wah seksinya jr !!!..hikk2x..
    maaf ya mama bzzz sikit skrg ni..nanti mama dropkan komen kat entry `SBT` tu ya.. :)

    BalasPadam
  2. Sedihnya....dah lama jaga tetiba ajer tinggalkan kita yek...

    BalasPadam
  3. carikan pasangan utk yg sekor tu..
    Tengok sini ==>> Sinetron yang Menjengkelkan

    BalasPadam
  4. sedihnya....sian partner dia. kesunyian la pulak. lepas niko pergi beli lagi sekor wat teman dia k.

    BalasPadam
  5. sedihnya..rindu kt arnab dya..:(

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Artikel Menarik