Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel arnab angora

Moga Kau Maafkan Kami

Imej
Masih ingat pada entry Belalang yang bertajuk 'Lagi Haiwan Peliharaan Terbaru Belalang Jr.' ? Entry tentang Belalang membelikan sepasang arnab kepada Belalang Jr. Semenjak dapat baby baru, Belalang akui agak kurang memberi perhatian kepada arnab-arnab ini. Makan minum mereka pun dah tak terjaga. Sebenarnya Belalang dan Mrs.Belalang sedang hadapi masalah baby tak mahu tidur malam. Baby hanya lelap dalam 5 ke 10 minit. Selepas itu dia akan terjaga dengan sendirinya dan menangis. Begitulah yang berlaku berulang-ulang kali saban malam hinggalah pukul 7-8 pagi baru dia akan tidur lama sedikit. Terperinci mengenai hal ini akan Belalang ceritakan kemudian. Dipendekkan cerita, bangun pagi tadi Belalang lihat seekor dari arnab Belalang dah pun mati. Terkejut juga pada mulanya. Kelmarin memang Belalang lihat arnab itu akan lain. Tapi Belalang sangkakan dia mahu beranak. Rupanya lain jadinya. Walaupun pada mulanya Belalang tak begitu berminat mahu membela arnab-arnab ini, namun ...

Lagi Haiwan Peliharaan Terbaru Belalang Jr.

Imej
kucing dah bela, ikan dah bela, kura-kura pun dah ada bela di rumah tu. Ingat ke dah cukup, rupanya ada lagi haiwan yang dia nak bela. Kali ni ada lagi nak tambah untuk Belalang Jr. tu. Agak-agak apa pula la yang Belalang Jr. nak kali ni? Nak tau, cuba anda scroll ke bawah untuk melihat gambar haiwan tersebut... - - - - - - - - - - - - -   Arnab pula dia minta kali ni. Adoiyai...   Tengok muka Belalang Jr. seronok sangat dapat arnab tu Tension ja muka arnab tu sebab kena buli dengan Belalang Jr. Yang sebenarnya Belalang Jr. tidaklah begitu excited nak arnab dari jenis Angora ni. Yang melebih-lebih nak si Mrs.Belalang tu. Takut Belalang tak nak beli, dia gunakanlah nama si Belalang Jr. Kononnya si Belalang Jr nak, kesian kat dia. Eleh, macam la tak tahu trick Mrs.Belalang tu. Hehehe... Belalang beli arnab ni di Baling tengahari tadi sewaktu balik ziarah mak dan ayah di kampung. Beli sepasang dengan harapan akan berganda beberapa ratus ekor :P Sebe...