Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel makan

Aiskrim Sumi | Aiskrim Jelly | Mudah Disediakan

Imej
viral betul aiskrim sumi/aiskrim jelly baru-baru ini di Facebook. Habis semua suri-suri rumah mahu share resepi atau cara buat aiskrim sumi/aiskrim jelly . Salah seorang yang terkena tempias aiskrim sumi/aiskrim jelly , Mrs.Belalang sendiri. Dia pun kelmarin dah cuba buat beberapa batang aiskrim sumi/aiskrim jelly bukan untuk dijual tetapi untuk kami sekeluarga nikmati. Mrs.Belalang buat lebih dan sedekahkan kepada kakak-kakak Belalang yang tinggal berhampiran Kulim. Jika dilihat pada cara membuatnya sememangnta mudah. Seperti juga membuat aiskrim Malaysia yang lain. Bezanya kali ini dimasukkan sumi atau jelly menjadikan aiskrim sumi/aiskrim jelly nampak menarik. Mrs.Belalang potong jelly memanjang kepada beberapa bahagian, dicampur dengan air susu. Lepas tu masukkan dalam plastik aiskrim Malaysia dan dah pun siap! Anak-anak Belalang suka sangat dengan rasa aiskrim ni. Belalang pun cuba rasa sebatang. Memang sedap! patut pun begitu viral. Kepada yang belum rasa dan...

Chicken Chop Homemade Oleh Mrs.Belalang

Imej
Dah lama tak makan chicken chop tetapi semalam hajat nak rasa makanan barat tu tercapai juga apabila Mrs.Belalang buatkan chicken chop homemade khas untuk Belalang. Mrs.Belalang selalu juga buatkan chicken chop kepada Belalang sebelum ni. Tetapi sejak dapat baby baru (dah 5 bulan usianya) memang dah jarang dia manjakan Belalang begini. Sengaja tomato dilebihkan sebab Mrs.Belalang memang tahu Belalang suka sangat makan tomato. Kuah black papper juga dikurangkan mengikut citarasa Belalang. Satu yang kurang adalah roti dicelup tepung rangup. Biasanya Mrs.Belalang akan letak sekali bersama chicken chop. Tapi semalam mungkin kerana tiada roti di rumah. Rasanya kuahnya sedikit masin. Manakala coseslaw pula sedikit manis. terlajak gula katanya. Tapi keseluruhannya sedap hingga menjilat pinggan. Untuk resepinya pula, minta maaflah kerana tak dapat nak kongsikan. Belalang hanya tahu melahap, Mrs.Belalang yang sediakan... Ngee Tapi Kalau ada yang mahu, nanti Belalang minta pad...

Mula Sekali Lagi

Imej
Betul la kata orang, ada ilmu kena selalu amalkan takut nanti lupa. Macam tu juga la dengan blog. Bila dah lama tak menulis, mulalah terasa macam janggal pula nak menulis. Tak larat nak nganga mulut dah cari idea. Nasib lalat tak terjun kuak lentang lagi dalam mulut ni. Hehehe... Sepanjang Belalang tak menulis blog, banyak juga perkara-perkara yang berlaku. Ada yang best ada juga yang tak. Tapi itu la, nak olah untuk dijadikan cerita dah terlupa. Setengahnya tiada idea nak olah macam mana. Jadi Belalang bercadang nak kongsi gambar sajalah untuk entry ini. Ceritanya pandai-pandailah anda yang baca membuat jalan cerita. Siapa yang teka kisah disebalik gambar tu dengan betul, sila tuntut hadiah anda di rumah ketua kampung, ketua kampung yang berdekatan dengan anda :)   Dua gambar atas ni Belalang bawa Mrs.Belalang sambut harijadinya. Tu atas tu anak saudara Tiga gambar ni pula suasana sewaktu PM datang Kulim dalam program Janji Ditepati... Psst, kenal tak perempuan pakai t...

Pekena Briyani Di Hari Jumaat

Imej
Assalamualaikum dan selamat berhari Jumaat semua. Lunch nanti makan apa? kalau lepak di kedai-kedai mamak, biasa hari Jumaat mereka akan menghidangkan satu menu istimewa iaitu 'nasi briyani' . Ada juga sesetengah kedai nasi kandar yang sememangnya menyediakan nasi kandar sebagai menu harian mereka. Semenjak berbadan dua, Mrs.Belalang suka sangat pula makan nasi briyani. Baru-baru ni Belalang bawa Mrs.Belalang pekena nasi briyani Kapitan Keling di Bandar Perda. Kebetulan kami ada kerja di sekitar situ. Briyani ayam Kapitan Keling Restoran Kapitan Keling ni asalnya sudah tentulah dari Penang, Jalan Masjid Kapitan Keling. Yang di Perda ini adalah cawangannya. Sememangnya menu istimewa di restoran nasi kandar ini ialah 'claypot briyani' . Tapi pada hari tersebut Belalang tak pekena nasi briyani. Belalang order Nasi Milani Ayam. Untuk mereka yang tak tahan pedas macam Belalang, memang sesuai makan nasi ni. Enak berkrim dan tidak pedas! Hehehe... Milani Ayam Selesai ...

Zoo Taiping Punya Cerita

Imej
 Lain yang dirancang, lain pula yang dibuatnya. Itulah yang telah berlaku pada Belalang sekeluarga pada 25 Disember sudah. Lain perancangan awal, lain pula yang jadi. Pada mulanya Belalang telah berpakat dengan kakak dan Mama Belalang untuk memenuhi majlis perkahwinan seorang pelanggan kedai yang telah menjemput kami seisi keluarga. Maka, Belalang dan Mrs.Belalang pun bersiap-siap untuk ke majlis tersebut. Setelah kami siap, Belalang mengarahkan Mrs.Belalang untuk menghubungi Kakak Belalang untuk bertanyakan samada dah siap atau belum. "Mau tak kita pi Zoo Taiping?"... La... Tiba-tiba pula tukar plan nak ke zoo? Biar betul. Waktu Kakak Belalang tanyakan soalan tu, jam baru melewati pukul 3 petang. Setelah berbincang sesama kami laki bini , keputusannya Belalang bersetuju untuk ke Taiping. Bukan apa, Belalang Jr. pun belum pernah sampai ke sana. Jadi rasanya ok juga luangkan masa yang ada ni ke sana. Dipendekkan cerita, dalam pukul 5 petang kami pun tibalah di Zoo...