Cara Membuka Lebih Dari Satu Akaun Facebook Dalam Satu Smartphone Terkini 2019 | 2020

Sekitar tahun 2015 dan 2016 yang lalu, blog ini pernah kongsikan cara untuk membuka lebih dari satu akaun pada smartphone yang sama.

Carian berkaitan dengan hal ini masih lagi dicari oleh pengguna internet hingga ke hari ini.

Jadi kali ini Blog ini ingin berkongsikan cara yang paling mudah untuk menggunakan lebih dari satu akaun Facebook pada smartphone anda tanpa perlu muat turun lain-lain aplikasi seperti Facebook lite dan sebagainya.

Cara ini diperkenalkan oleh Facebook jika tidak silap sekitar dua ke tiga tahun yang lalu.


Sila ikut langkah-langkah dibawah:

1. Buka aplikasi Facebook yang telah anda install. Jika Belum ada, sila muat turun disini (klik sini). Log masuk dengan akaun Facebook anda yang pertama dengan cara memasukkan email dan kata laluan (password).



2. Dibahagian kanan atas, tekan pada tiga garis melintang (rujuk gambar untuk lebih jelas).



3. Pergi pada bahagian bawah sekali dan tekan log Out (log keluar)



4. Klik pada 'Log Into Another Account'. Rujuk pada gambar. Log masuk ke akaun Facebook anda yang kedua dengan cara memasukkan email dan kata laluan (password) dan siap!



Kini anda mempunyai lebih dari satu akaun Facebook hanya dengan menggunakan aplikasi Facebook yang official.

Jika anda nak tukar ke akaun sebelum ini (switch account), hanya klik pada bahagian kanan pada tiga garis melintang tersebut dan pilih gambar profile yang terpampang pada kanan atas.



Sekiranya tulisan ini bermanfaat, sila kongsikan pada rakan-rakan yang lain.

Ulasan