Cara bermain Game PSP di Telefon Android | Download Emulator PPSSPP

Zaman bermain Playstation atau singkatan sebutannya PS pasti dirindui oleh kaki-kaki gamers.

Baik PS1 atau PSX hingga ke PS2 pasti kebanyakkan dari kita pernah memilikinya.

Belalang sendiri sewaktu awal-awal berkahwin masih addict bermain PS2. Nak beli PS3 atau PS4 tak mampu dah sebab terlalu mahal.

Anda tahu tak yang telefon android yang anda miliki boleh digunakan untuk bermain game-game dari PSX, PS2, PSP dan Game Boy Advance (GBA)?

Kalau tak tahu, sila tepuk tangan sebab kali ini Belalang nak kongsikan cara bermain game PSP di telefon Android.

Print Screen Dari Telefon Belalang

Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan memuat turun aplikasi atau disebut sebagai emulator PPSSPP gold.

Anda boleh memuat turun emulator tersebut disini


Belalang kurang pasti link yang Belalang kongsikan di atas ini emulator full version atau berbayar.

sekiranya berbayar, minta maaf la ye. Sila-sila bertanya pada encik Google untuk mencari crack full version emulator PPSSPP Gold.

Install di telefon android anda dan sesudah selesai, sekarang dimana anda nak cari game PSP untuk dimainkan?

Belalang biasa akan download game di dua websit di bawah ini. Jangan risau, link yang mereka kongsikan bebas dari virus dan spyware.

Loveroms.com
Coolrom.com

Disini anda akan temui beratus-ratus game dalam bentuk rom  dari PSX hinggalah ke PSP.

Jadi anda pilihlah rom untuk PSP. Download dan install ditelefon. Saiz untuk satu-satu game agak besar.

Biasanya saiz game hampir atau melebihi 1GB. Jadi kalau nak main, sila-silalah kosongkan ruang telefon lebih dari saiz 1GB ya.

Lepas tu dah boleh main macam gambar di bawah ini.

PES 2015 Malaysia vs Thailand... Hehehe
Akan datang Belalang akan kongsikan bagaimana untuk bermain game PS1 dan GBA pada telefon Android pula.

Terima kasih kerana membaca.

Ulasan

Catat Ulasan