Selasa, 8 Mac 2016

Review BoBoiBoy the Movie oleh Belalang

Demam BoBoiBoy The Movie mula melanda negara sejak tayangan hari pertama filem animasi tempatan ini berada di pawagam. Ramai yang review filem Boboiby The Movie ni best!

Maka semalam Belalang pun bawalah anak-anak menonton filem animasi BoboiBoy The Movie di tempat biasa iaitu MBO Cinema Landmark Kulim.


Sinopsis BoBoiBoy The Movie:

Sekumpulan makhluk asing pemburu Sfera Kuasa bernama Geng Tengkotak telah sampai di Bumi dan menculik Ochobot untuk menggunakan beliau dalam mengesan Sfera Kuasa purba Generasi Pertama iaitu Klamkabot yang bersembunyi di Bumi. BoBoiBoy dan kawan-kawannya sekarang mesti mengejar masa untuk menyelamatkan Ochobot dan mencari rahsia di sebalik Sfera Kuasa. Perjalanan mereka akan membawa mereka ke pengembaraan ke tempat mengagumkan yang penuh dengan aksi, komedi dan romantik

Review Belalang:

sebelum menonton filem ini, Kakak dan abang kepada Belalang terlebih dahulu menonton filem animasi ini bersama keluarga mereka pada awal-awal tayangan yang lalu. Masing-masing dah berkongsi tentang animasi ini yang menarik.

Dari awal bermula hinggalah tamat filem ini, watak Papa Zola paling mencuit hati dan membuatkan penonton dari kecil hinggalah ke dewasa tak kering gusi dengan dialog-dialog kebenarannya.

Belalang sendiri pun memang menantikan watak Papa Zola

selain itu jalan ceritanya juga menghiburkan bukan sahaja untuk kanak-kanak, untuk mak-mak dan bapa-bapa pun jadi seronok nak mengikuti setiap plot.

dari segi grafik pula, seperti yang kita tonton siri animasi BoBoiBoy di kaca TV sebelum ini iainya sempurna dan menarik.

Baru 4 hari ditayangkan kutipan untuk BoBoiBoy the Movie dah hampir mencecah 4 juta! Sesuatu pencapaian yang hebat untuk filem animasi tempatan.

Keseluruhannya anak-anak keluar panggung happy, mak bapa pun happy tengok anak-anak gembira. Yang belum tonton, tayangan masih lagi diteruskan... Silalah bawa anak-anak menonton. Pasti tak menyesal :)

Terima kasih membaca

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Artikel Menarik