Berjaya Berpuasa Penuh!

Sebelum ini Belalang ada kongsikan tentang Belalang Jr. yang belajar untuk berpuasa pada hari pertama puasa.

Sebenarnya puasa pada hari pertama Belalang Jr. hanya bertahan hingga pukul 3 petang.

Lepas tu dia dah tak tahan bila adiknya dia datang makan di depan dia. Dugaan betul tu. Hahaha...

Tetapi Belalang tak berikan sebarang tekanan kepada Belalang Jr. Sebaliknya Belalang berikan kata-kata pujian seperti bangga dengan semangat dia dan sebagainya.


Hasilnya, kelmarin untuk hari kedua berpuasa Belalang Jr. dah berjaya menahan dirinya dari hingga tiba waktu berbuka!

Terkejut juga Belalang waktu baru sampai ke rumah lepas balik kerja dan diberi tahu oleh Mrs.Belalang.

Bangga juga rasa dihati dengan semangat yang ditunjukkan oleh Belalang Jr.

Untuk meraikan kejayaan dia berpuasa penuh dan juga menyambut harijadi Mrs.Belalang yang juga jatuh pada hari kelmarin, Belalang sekeluarga berbuka puasa di sebuah kedai nasi arab dalam kawasan Kulim juga.


Hari ini Belalang Jr. berpuasa lagi walaupun waktu sahur tadi nampak dia tak berselera makan.

Sebelum keluar untuk bekerja tadi sempat Belalang pesankan kepada Mrs.Belalang yang jika Belalang Jr. tak larat nak berpuasa, benarkan saja dia untuk berbuka pada waktu bila yang dia mahu :)

Terima kasih kerana membaca...

Ulasan

  1. bagus berjaya puasa. done folo, folo me back k :) http://acuyuhan.blogspot.my/

    BalasPadam
  2. walaweh da muda remaja da Belalang Jr ni, hehehee

    BalasPadam

Catat Ulasan