Sabtu, 2 April 2016

Piko Si Kucing Jalanan

Ini Piko si kucing jalanan. Sangat nakal, penakut dan manja sangat-sangat dengan orang. Tak kisah langsung dilanyak oleh anak-anak.

Piko Si Kucing Jalanan

Kisah Piko ni bermula di pasar malam Kulim. Sewaktu sedang membeli sayur, anak kucing ni datang mengiaw di kaki.

Belalang buat tak endah saja sebab memang tak mahu bela kucing memandangkan anak-anak masih kecil dan ada sejarah athma.

Piko Si Kucing Jalanan

Tetapi rupanya anak Belalang yang nombor dua tu dah pun kendong anak kucing ni sepanjang berjalan dalam pasar malam tu.

Kucing ni pun macam tahu-tahu yang ia akan selamat dibela oleh kami. Dia diam saja tak cuba nak lari. Waktu naik kereta pun tak macam sesetengah kucing liar, takut-takut.

Piko Si Kucing Jalanan

Kini dah hampir sebulan kami membelanya. Walaupun Belalang tak mahu pada awalnya, tetapi demi anak-anak Belalang beralah.

Jangan tanya mengapa namanya Piko sebab Belalang sendiri pun tak faham apalah sedapnya nama tu sampaikan anak-anak nak namakannya Piko.

Piko Si Kucing Jalanan

Harapnya jodoh Piko dengan keluarga kami panjang. Memandangkan sebelum-sebelum ini kucing yang dibela kejap-kejap je hilang dicuri orang.

Terima kasih kerana membaca

1 ulasan:

  1. comellnya..
    ain datang singgah dan follow.
    salam perkenalan :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Artikel Menarik