Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel haiwan peliharaan

Piko Si Kucing Jalanan

Imej
Ini Piko si kucing jalanan . Sangat nakal, penakut dan manja sangat-sangat dengan orang. Tak kisah langsung dilanyak oleh anak-anak. Kisah Piko ni bermula di pasar malam Kulim. Sewaktu sedang membeli sayur, anak kucing ni datang mengiaw di kaki. Belalang buat tak endah saja sebab memang tak mahu bela kucing memandangkan anak-anak masih kecil dan ada sejarah athma. Tetapi rupanya anak Belalang yang nombor dua tu dah pun kendong anak kucing ni sepanjang berjalan dalam pasar malam tu. Kucing ni pun macam tahu-tahu yang ia akan selamat dibela oleh kami. Dia diam saja tak cuba nak lari. Waktu naik kereta pun tak macam sesetengah kucing liar, takut-takut. Kini dah hampir sebulan kami membelanya. Walaupun Belalang tak mahu pada awalnya, tetapi demi anak-anak Belalang beralah. Jangan tanya mengapa namanya Piko sebab Belalang sendiri pun tak faham apalah sedapnya nama tu sampaikan anak-anak nak namakannya Piko. Harapnya jodoh Piko dengan keluarga kami panjang. Memanda...