Rabu, 6 April 2016

Petua Untuk Anak Tak Mahu Tidur Malam

Sekitar tahun 2012, Belalang pernah menulis satu entry bertajuk Anak Tak Mahu Tidur Malam | Apa Sebabnya?

Disebabkan dengan penulisan itu, sehingga ke hari ini Belalang selalu menerima mesej di Facebook bertanyakan alamat ustaz yang mengubati anak sukar tidur malam.

Petua Untuk Anak Tak Mahu Tidur Malam
Ini la budak yang kecik-kecik dulu susah tidur malam. Sekarang dah besar :)

Rupa-rupanya ramai dikalangan ibu bapa yang menghadapi masalah anak tak dapat tidur malam sama seperti Belalang hadapi.

Kepada yang bertanyakan tentang ustaz tersebut, Belalang minta maaf sangat-sangat kerana tidak memberikan apa-apa jawapan.

Ustaz yang mengubati anak Belalang, selepas segalanya selesai, Belalang tak tahu ke mana dia pindah.

Minta maaf sangat-sangat.

Tetapi ada satu petua yang pernah dikongsikan oleh ustaz tersebut kepada Belalang.

Bukan petua tetapi ia lebih kepada amalan yang perlu dibuat jika anak anda terutama bayi yang masih kecil menangis tanpa henti diwaktu malam.

Caranya adalah dengan azankan ke telinga bayi anda sebanyak tujuh kali.

Mengapa tujuh kali?

Menurut ustaz, jika hanya sekali dua kita laungkan azan, syaitan dan iblis masih boleh ikut bacaan kita.

Tetapi jika lebih dari tujuh kali, ia akan terbakar (Wallahu A'lam)

Bolehkah lebih dari tujuh kali?

Boleh, asalkan bilangan azan yang kita laungkan mempunyai bilangan ganjil (1, 3, 5, 7 dan lain-lain)

Semoga perkongsian Belalang ini memberi sedikit manfaat kepada ibu bapa yang bertanya tentang perkara ini.

Kita cuba ikhtiar dan yakin kepada Allah. sekiranya masih tak berjaya, barulah dicuba rujuk kepada alim ulama yang arif dalam hal-hal begini

Terima kasih kerana membaca

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Artikel Menarik