Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2016

Kidland Prangin Mall Pulau Pinang | Bermain Sambil Belajar

Imej
Pada Sabtu yang lepas Belalang sekeluarga telah berkesempatan untuk berkunjung ke Kidland di Prangin Mall Pulau Pinang . Apa yang boleh Belalang kongsikan tempat ini memang terbaik untuk anak-anak. Konsepnya penerapan pembelajaran di dalam suasana bermain yang menyeronokkan. Pada awalnya Belalang tak bercadang langsung untuk datang ke sini. Kebetulan seorang kenalan Belalang telah berikan sekeping voucher Kidland bernilai RM50. Alang-alang dah ada voucher ditangan, Belalang terus sahaja membawa keluarga ke sini. Lokasi Kidland adalah di Prangin Mall yang terletak di jalan Dr.Lim Chwee Leong, hanya bersebelahan dengan bangunan komtar. Terletak di aras 4 dan 5 bangunan tersebut, sebaik meletakkan kenderaan kami sekeluarga terus menaiki lift menuju ke kidland. Dari jauh anak-anak dah terlajak excited bila nampak patung Transformers dan beberapa lagi mainan yang diletakkan di hadapan pintu masuk Kidland. Setiap kami mendaftar terlebih dahulu di hadapan pintu masuk da

Koleksi Po & Geng Di Tesco Malaysia | Kung Fu Panda 3

Imej
Bermula dari 10 Mac yang lalu hingga 1 Jun 2016 bersempena dengan tayangan Filem animasi Kung Fu Panda 3 , Tesco Malaysia telah mengadakan satu promosi koleksi Po & Geng . Belalang yang selalu membeli barang keperluan di Tesco, secara tidak langsung berpeluang untuk mengumpul dan menebus salah satu koleksi yang ditawarkan. Jika tak silap kesemua stiker ini Belalang kumpul dari pembelian barangan di Tesco Kulim. Seperti yang dapat anda lihat pada gambar diatas, dengan setiap pembelian Rm30 ke atas akan menerima sekeping stiker karikatur watak di dalam filem Kung Fu Panda 3. Anda perlu melekatkan stiker ini pada kertas khas yang diberikan. Selepas cukup kesemua 8 stiker, sila bawa ke kaunter khidmat pelanggan untuk membeli salah satu koleksi yang ada. Belalang mengambil colour changing mug dengan menambah lagi RM9.90. Sampai harini Belalang simpan elok-elok mug Kung Fu panda ni. Siap sorokkan dari anak-anak. Tersangatlah melebih-lebihnya kaum bapa ini. K

Risiko Terdedah Kepada Cuasa Panas

Imej
Belalang ada kongsikan tentang strok haba dan sembilan tips kekal sihat di media bawah tanah. sebenarnya risiko terdedah kepada cuaca panas ni memang dasyat. Sebelum ini kita hanya dengar tentang serangan strok haba. Tetapi sebenarnya jika tededah kepada cuaca panas fizikal kita juga akan mengalami tekanan. Jika merujuk kepada laman web info sihat milik kerajaan, golongan-golongan seperti pekerja buruh, orang dewasa 40 tahun ke atas, kanak-kanak 5 tahun ke bawah dan pengidap darah tinggi adalah golongan yang perlu berhati-hati ketika cuaca panas. Golongan ini dinasihatkan jangan memakai pakaian tebal  kerana ia menghalang haba dari keluar. Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti sakit kepala, lemah otot mual dan rasa nak muntah, segeralah bawa mereka keluar daripada cuasa panas. Berikan mereka minum air kosong dengan banyak dan pastikan kedudukan mereka dekat dengan kipas. Mandikan mereka sekiranya perlu. Lain-lain cara anda boleh rujuk di blog Belalang yang satu lagi

Resepi Aiskrim Drumstick Homemade Mudah

Imej
Jom kali ni kita jeling-jeling macam mana nak buat resepi aiskrim drumstick homemade Mudah . Mudah sangat Belalang tengok cara buat aiskrim ni. Musim-musim panas macam ni kerap pula resepi aiskrim naik di wall Facebook Belalang. Itu yang tak tahan mata memandang tu. Resepi aiskrim drumstick homemade ini dikongsikan oleh seorang pemilik akaun Facebook bernama Asha Zainudin . Belalang salin tanpa edit mana-mana ayat dan gambar tentang resepi aiskrim drumstick homemade ini supaya dapat mengekalkan cara penyampaian oleh Asha Zainudin :) 2 cwn heavy cream 1 sdb susu pekat perasa - sy guna stoberi emalco & milo (sukatan ikut suka) kit kat & peanut utk topping - sy guna cap tangan je milk choc - utk cover kertas pembalut makanan **sukatan ni boleh dapat 15 batang ice cream... cairkan choc double boil. cincang peanut & kit kat kerat 2 kertas balut makanan lipat 2. make sure yg licin kat dalam. pastu buat kelonsong mcm dlm pic atas kiri. masukkan kon ice cream kat dlm

Lima Hotel Di Kulim Kedah Mudah Dan Selesa

Imej
Jika anda pertama kali di Kulim dan mencari hotel untuk bermalam, Lima hotel di Kulim Kedah mudah dan selesa ini boleh menjadi tempat singgahan anda. Jarak diantara hotel-hotel ini dengan tempat-tempat seperti Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (Poli Kulim), UniKL, Kulim Hi-Tech, Kolej Mara, Kolej Jururawat, MRSM Kulim dan lain-lain tidaklah begitu jauh. Ada diantara tempat-tempat penginapan ini hanya mengambil masa sekitar 10 minit bperjalanan dari hotel ke tempat tersebut. Ok jom kita lihat lima hotel di Kulim Kedah yang belalang maksudkan 1. Hotel Sri Malaysia Alamat: Taman Tasik Putra, 09000 Kulim, Kedah No. tel:04-490 9898 Lokasinya hanya bersebelahan Tasik Putra Kulim dan juga stesen bas Kulim. Tasik ini menjadi aktiviti riadah disebelah petang oleh kebanyakkan pengunjung. Pasti tidak bosan jika bermalam di Hotel Sri Malaysia Kulim. 2. Tune Hotel Alamat: No.4, Jalan KLC Satu (1), Kulim Landmark Central, 09000 Kulim, Kedah No. Tel:1-300-88-8863

11 Perisa Aiskrim Malaysia Yang Menjadi Pilihan Di Musim Panas

Imej
Tak habis lagi Belalang nak berkongsi cerita tentang aiskrim Malaysia . sebelum ni Belalang dah cerita tentang Aiskrim Sumi | Aiskrim Jelly | Mudah Disediakan dan Nostalgia Bisnes Aiskrim Malaysia Yang Lumayan . Kali ni Belalang nak kongsikan 11 perisa aiskrim Malaysia yang menjadi pilihan di musim panas seperti sekarang. Gambar-gambar jenis perisa aiskrim Malaysia ni bukan dibuat oleh Mrs.Belalang ye. sebaliknya Belalang ambil semua gambar ini di Facebook. Mungkin gambar ini boleh memberi anda idea untuk menyediakan aiskrim Malaysia? jom kita lihat semua gambar... Nampak sedap sangat aiskrim-aiskrim dalam gambar tu kan? Agak-agak perisa yang mana satu ingin anda cuba dahulu? Yang pasti semuanya menarik untuk dicuba :) Ada yang berminat nak jadikannya sebagai bisnes? Jika ada, cuba anda lihat website dibawah ini. Mungkin ia memberi anda sedikit idea untuk memulakan bisnes Aiskrim Malaysia. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ter

Nostalgia Bisnes Aiskrim Malaysia Yang Lumayan

Imej
Baru-baru ini Belalang ada menulis tentang aiskrim sumi | aiskrim jelly | mudah disediakan . Tak sangka pula entry tersebut menjadi carian yang hot dari Google . Jika belum membaca, sudi-sudilah untuk membacanya dengan klik pada tajuk tersebut. Sebenarnya aiskrim Malaysia ini ada nostalgia untuk Belalang. Di zaman-zaman masih bersekolah, Belalang pernah membantu Mama Belalang menjual aiskrim Malaysia pada kanak-kanak dan kawan-kawan sekitar taman tempat tinggal kami. Rumah Belalang hanya berselang beberapa buah sahaja dari padang permainan. kesempatan itu digunakan sebaik mungkin oleh Mama membuat aiskrim Malaysia dalam membantu menampung perbelanjaan keluarga kami. Pelbagai perisa yang disediakan seperti Milo, jagung, asam boi, anggur dan lain-lain lagi. Harganya pula hanyalah 10 sen. walaupun hanya perniagaan sampingan (part time) , tetapi pendapatannya boleh dikira lumayan pada waktu itu. Dalam sehari Belalang mampu membantu Mama membuat jualan hingga RM3-RM5. Wak

Review BoBoiBoy the Movie oleh Belalang

Imej
Demam BoBoiBoy The Movie mula melanda negara sejak tayangan hari pertama filem animasi tempatan ini berada di pawagam. Ramai yang review filem Boboiby The Movie ni best! Maka semalam Belalang pun bawalah anak-anak menonton filem animasi BoboiBoy The Movie di tempat biasa iaitu MBO Cinema Landmark Kulim. Sinopsis BoBoiBoy The Movie: Sekumpulan makhluk asing pemburu Sfera Kuasa bernama Geng Tengkotak telah sampai di Bumi dan menculik Ochobot untuk menggunakan beliau dalam mengesan Sfera Kuasa purba Generasi Pertama iaitu Klamkabot yang bersembunyi di Bumi. BoBoiBoy dan kawan-kawannya sekarang mesti mengejar masa untuk menyelamatkan Ochobot dan mencari rahsia di sebalik Sfera Kuasa. Perjalanan mereka akan membawa mereka ke pengembaraan ke tempat mengagumkan yang penuh dengan aksi, komedi dan romantik Review Belalang: sebelum menonton filem ini, Kakak dan abang kepada Belalang terlebih dahulu menonton filem animasi ini bersama keluarga mereka pada awal-awal tayangan yang la

Ayat Al-Quran Ghaib | Petanda kiamat?

Imej
Hari ini Belalang terbaca satu berita tentang ayat Al-Quran ghaib yang berlaku di Masjid Hijau, Kampung Kedah, Parit Buntar. Perkara ganjil yang berlaku ke atas naib kadi Pejabat Agama Islam Parit Buntar, Mohamad Khori Junus segera menarik perhatian umat Islam di negara ini. Klik tajuk disebelah untuk membaca penuh berita ini -->> Terkejut ayat al-Quran ‘ghaib’ Kerana hal seperti ini jarang-jarang berlaku, maka mulalah masing-masing memberikan pendapat. Ada yang berpendapat ini salah satu daripada tanda-tanda akhir zaman kerana di akhri zaman nanti semua kitab-kitab yang pernah diturunkan akan diangkat kembali oleh Allah. Ada juga yang mengatakan hal ini berlaku kerana dakwat yang dicetak telah pudar dan tiada apa-apa yang ganjil perlu dirisaukan Dalam pengcarian Belalang diinternet, kes sebegini pernah berlaku di Sekolah Agama Maahad Saniah, Pasir Puteh Kelantan sekitar tahun 2014. Klik tajuk disebelah untuk membaca penuh berita ini -->> Ayat Al-Quran