Isnin, 16 Mac 2015

5 Rahsia Kejayaan Clash Of Clans

Permainan Clash Of Clans (CoC) adalah satu game wajib ada dalam telefon para pencinta game. Malah Belalang sendiri antara yang meminati CoC.

Game CoC seolah-olah satu virus yang menjadikan sesiapa yang bermain game ini akan terus melekat untuk terus bermain game ini lagi dan lagi.

Apakah yang menyebab CoC begitu menjadi kegilaan?

Berikut adalah lima rahsia kejayaan Clash Of Clans yang Belalang rujuk dari sumber beberapa artikel blog juga daripada pandangan Belalang sendiri sebagai peminat permainan ini.


5 rahsia kejayaan clash of clans

1. Kajian mendalam

CoC telah dibangunkan oleh syarikat Supercell yang juga pembangun bagi dua lagi permainan yang juga menarik iaitu Boom Beach dan Hay Day. Ketiga-tiga game ini telah berada 20 kelompk teratas permainan paling laris. Nampaknya tentu ada rahsia yang telah ditemui oleh Supercell dalam menjadikan setiap permainan yang mereka bangunkan menjadi hits.

Kejayaan syarikat ini melalui game CoC tak lain dan bukan adalah kajian yang mendalam sebelum menghasilkan sesuatu permainan. Mereka telah menjadikan kejayaan game strategi terdahulu seperti Starcraf dan Age Of Empire sebagai inspirasi untuk membangunkan sebuah game yang berjaya.

Hasilnya Supercell berjaya membangunkan game Clash Of Clans yang bukan sahaja menjadi kegemaran malah ia menjadi ketagihan kepada setiap pemain permainan ini.


2. Permainan percuma

CoC adalah permainan percuma. Ini membuatkan setiap peminat game tidak keberatan untuk memuat turun permainan ini dan mencubanya.

Walaupun begitu, masih terdapat pembelian gems didalam game ini sekiranya pemain tidak mahu menunggu lama dalam kerja-kerja upgrade. Uniknya permainan ini ia tidak memaksa atau terlalu menekan pemain untuk melakukan pembelian. malah pemain boleh mengumpul gems secara percuma sekiranya anda memang tidak mahu membeli.

Adakah strategi ini berbaloi kepada Supercell?

Menurut sekumpulan hackers (penggodam) yang telah berjaya memecah masuk ke akaun syarikat Supercell, pendapatan syarikat ini di dalam sehari adalah sekitar 5 milion!

Tak dapat dipastikan berapa jumlah sebenar untuk game CoC memandangkan akaun itu juga menjadi akaun untuk game Hay Day dan Boom Beach. Tetapi jumlah itu tetap sesuatu yang besar walaupun permainan mereka percuma dan tiada paksaan dalam pembelian.


5 rahsia kejayaan clash of clans
Add caption

3. Komuniti

Sifat semulajadi manusia adalah suka berada didalam kelompok kumpulan yang sama denganya. Contoh seperti Facebook membenarkan pengguna laman sosial itu untuk mencipta group dan kita bebas untuk menyertai mana-mana kumpulan yang kita minat.

Begitu juga pendekatan yang digunakan dalam game CoC. Supercell telah membolehkan pemain untuk berborak atau chat melalui ruang yang disediakan pada game itu. Malah peperangan secara kumpulan (clans war) menjadikan pemain perlu bekerjasama bersama pemain-pemain lain mencapai kemenangan.


4. Sentiasa kemaskini

Supercell sangat-sangat menjaga baik game CoC ini. Mereka sangat peka dengan keadaan sekeliling dan kemahuan pemain permainan ini. Kemaskini sentiasa dilakukan contoh jika tibanya waktu krismas, pemain boleh melihat salji turun di dalam game CoC malah watak-watak dalam permainan ini juga sentiasa dikemaskini membuatkan game ini seolah-olah tiada penghujungnya.


5. Android

Pendapat Belalang ini adalah salah satu sebab juga mengapa CoC menjadi satu game yang berjaya. Supercell Terlebih dahulu melancarkan game ini pada pelantar iOS pada tahun 2012.

Pada tahun 2013 Supercell mengambil langkah melancarkan juga CoC melalui pelantar android dimana peminat games boleh memuat turun game ini melalui Google Playstore. Selepas itu CoC pun mulai mencipta nama hingga kehari ini.


Itulah antara 5 sebab menjadikan game CoC menjadi permainan terbaik yanh menjadi kegilaan tanpa mengira faktor umur dan juga jantina. Perempuan juga ada yang meminati game ini tau.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Jumpa lagi pada penulisan akan datang!

Terima kasih kerana membaca

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Artikel Menarik