Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hay day

5 Rahsia Kejayaan Clash Of Clans

Imej
Permainan Clash Of Clans (CoC) adalah satu game wajib ada dalam telefon para pencinta game . Malah Belalang sendiri antara yang meminati CoC. Game CoC seolah-olah satu virus yang menjadikan sesiapa yang bermain game ini akan terus melekat untuk terus bermain game ini lagi dan lagi. Apakah yang menyebab CoC begitu menjadi kegilaan? Berikut adalah lima rahsia kejayaan Clash Of Clans yang Belalang rujuk dari sumber beberapa artikel blog juga daripada pandangan Belalang sendiri sebagai peminat permainan ini. 1. Kajian mendalam CoC telah dibangunkan oleh syarikat Supercell yang juga pembangun bagi dua lagi permainan yang juga menarik iaitu Boom Beach dan Hay Day . Ketiga-tiga game ini telah berada 20 kelompk teratas permainan paling laris. Nampaknya tentu ada rahsia yang telah ditemui oleh Supercell dalam menjadikan setiap permainan yang mereka bangunkan menjadi hits. Kejayaan syarikat ini melalui game CoC tak lain dan bukan adalah kajian yang mendalam seb...